PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akui tergores tindakan pihak tertentu viralkan gambarnya terlena ketika Istiadat Pelantikan Menteri Besar di Istana Anak Bukit, semalam.

Katanya, tindakan itu lebih kepada bermotifkan serangan peribadi lapor Sinar Harian.

Luahan sayu Ahmad Bashah gambar terlena viral

“Tutup mata ini semua orang boleh tutup. Tapi masa itu dia tidak perlu ambil. Kalau saya tak disebut-sebut sebagai Menteri Besar, gambar saya pun dia tak ambil.

“Takkan kita nak buka mata saja, pastilah tutup (kelip). Pada saya, ini tindakan satu kumpulan yang nak menghina orang,” katanya, semalam.

Sebelum ini gambar Adun Bakar Bata itu terlena ketika ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah semasa Istiadat Pengurniaan Bintang di Istana Anak Bukit turut diviralkan.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara sinis menasihatkan Ahmad Bashah supaya  tidak terlena pada majlis itu ketika pengumuman peletakan jawatannya, kelmarin.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah kelmarin, menafikan dirinya terlena sebaliknya hanya memejamkan mata menghayati ucapan tuanku.

“Saya cukup tergores. Sepatutnya tidak perlu hina orang sampai begitu. Kita mesti ingat, suatu hari nanti kita akan menghadap-Nya (ALLAH) sama-sama. Tapi janganlah menghina orang sampai fokus macam itu.

“Apakah dapat upahan dan sebagainya. Kalau tak boleh pejam mata, kenapa orang lain pejam mata dia tak ambil pun,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu juga tidak mahu melayan sekiranya ada pihak yang nak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

(Baca: Ahmad Bashah ‘terlena’ lagi ketika angkat sumpah MB)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.