PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Buah pinggang adalah salah satu bahagian dari sistem perkumuhan pada manusia. Ada sepasang buah pinggang pada manusia. Panjang buah pinggang manusia kira-kira 10 cm dengan berat lebih kurang 200 grm. Sebagai alat ekskresi, buah pinggang mengeluarkan sisa penapisan darah yang berbentuk urine.

Fungsi-fungsi buah pinggang yang sangatlah penting untuk manusia diantaranya; menapis darah, menjaga keseimbangan kadar asam serta basa, mengekskresikan zat-zat yang merugikan untuk tubuh, penghasil zat serta hormon, mengatur kadar gula dalam darah dan lain-lain. 

Selama bertahun-tahun buah pinggang kita menapis darah dengan membuang: garam, racun serta semua jenis zat yang tidak diperlukan tubuh kita. Bersamaan berjalannya waktu, berlaku pengumpulan garam dan racun yang memerlukan rawatan pembersihan. 

Cara paling semulajadi untuk membersihkan buah pinggang anda tanpa mengeluarkan belanja yang mahal ialah dengan menggunakan saderi. Sayur-sayuran yang satu ini sudah dikenali sebagai ubat semulajadi terbaik untuk membersihkan buah pinggang anda daripada pelbagai racun yang mengendap selama bertahun-tahun! 

Tips Saderi Untuk Mencuci Buah Pinggang Secara Semulajadi

Begini caranya: 

  • Pertama ambillah seikat saderi.
  • Basuh sehingga bersih, lalu dipotong kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk.
  • Lalu tuang air bersih serta didihkan selama sepuluh minit dan biarkan sejuk.
  • Lalu saring dan tuang dalam botol yang bersih serta taruh didalam peti sejuk sehingga sejuk.
  • Minum satu gelas setiap hari.
  • Anda akan melihat semua pengumpulan garam serta racun lain yang keluar dari buah pinggang anda pada saat buang air kecil. Anda akan melihat perbezaan yang tidak pernah anda rasakan sebelumnya.


Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.