PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya menafikan tuduhan menyatakan beliau cuba mengkafirkan umat Islam yang menjadi punca beliau dilarang berceramah di Johor.

Fathul yang terkejut dengan tuduhan itu berkata, sekiranya benar beliau didakwa mengkafirkan umat Islam sudah tentu beliau menjadi orang pertama ditangkap.

“Saya tak tahu, ada ke saya ni mengkafirkan orang?” soalnya kepada The Malaysian Insider.‎

“Saya tidak pasti sama senarai (larangan) itu sahih atau tidak.”

Fathul Bari persoal tindakan Johor

Terdahulu, salinan yang kelihatan seperti dokumen Majlis Agama Islam Johor (Maij) kepada Sultan Johor menyenaraikan sekatan terhadap 16 penceramah yang menimbulkan kekeliruan umat Islam dan tidak berteraskan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah tersebar meluas di media sosial.

Selain Fathul, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut disenaraikan sebagai dilarang berceramah di negeri itu.

Dalam dokumen Maij yang dilihat The Malaysian Insider menyatakan terdapat sebilangan penceramah dari luar Johor didakwa menimbulkan kekeliruan dan menjadi bibit perpecahan masyarakat khususnya umat Islam dalam ceramah mereka.

Melalui dokumen itu, senarai penceremah didakwa tidak berteraskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Exco Agama Johor Abdul Mutalip Abdul Rahim memberitahu The Malaysian Insider kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, sama ada penganjur atau penceramah yang dilarang memasuki negeri itu jika mereka meneruskan aktiviti ceramah mereka.

Mutalip berkata, Maij juga mendukung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selaku ketua agama negeri itu bagi mengekang ajaran atau cubaan mengelirukan rakyat daripada berleluasa di Johor.

“Tuanku amat prihatin dengan penceramah luar yang tidak mempunyai tauliah di negeri ini beri ceramah di Johor,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.