PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerana dicerca dan dihina akibat mengambil alih jawatan Menteri Besar Kedah, Azira Hafiza Ahmad, anak bongsu Datuk Ahmad Bashah tampil meluahkan rasa hatinya untuk tatapan umum.


Terbaharu, menerusi page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad, kami kongsikan jawapan balas buat si anak bongsu.

Jawapan balas buat anak bongsu Ahmad Bashah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Apa habaq? Apa ceghita ni?

Kepada anak bongsu yang tercinta lagi dikasihi. Hang dengaq baik-baik naa..

1. Kalau bapak hang dipilih melalui jalan yang betul menggantikan dengan sebab musabab yang jelas, rakyat di bawah boleh terima elok-elok. Sebab siapa pun yang jadi Menteri Besar kita tetap hidup macam biasa, rutin kita tidak bertukar bila MB diganti. Lain lah kalau MB tukaq, esok hidup kita teruihh senang lenang goyang kaki.

2. Rakyat marah bukan sebab taraf pendidikan rendah. Kemarahan rakyat melangkaui dari sebab-sebab itu. Rakyat sekarang melihat bukan berapa banyak pengalaman dalam politik. Bila anak Datuk Bashah dok luah perasaan yang ayah dia tak mengaji tinggi sebab kena bela adik-beradik, rakyat bukan nak simpati. Itu perjalanan hidup dia. Bapak aku pun susah lagu tu jugak dulu. Semua orang pun mesti ada cerita susah disebalik kesenangan sekarang.

3. Menjadi seorang pemimpin pada masa kini bukan setakat memerlukan pengalaman. Tetapi perlu dilihat BERSIH dan AMANAH. Itu indikator asas utk memilih pemimpin. Baru sehari bapak hang jadi MB meroyan seolah bapak hang maksum dan semua yang 'fitnah' nak kena pi merangkak mencari di Padang Mahsyar. Hang pasti ka bapak hang tak payah merangkak cari rakyat di Padang Mahsyar nanti?

4. DS Mukhriz disenangi rakyat Kedah bukan sebab dia banyak pengalaman. Tetapi dia dilihat sebagai seorang pemimpin muda yang kelihatan bersih dan amanah. Itu yang rakyat kita mahu. Rakyat sekarang pentingkan semua tu. Bapak hang pengalaman banyak. Tapi tang bersih dan amanah ramai yang meragui. Hari ini orang melihat DS Najib yang terpalit dengan pelbagai kontroversi dan skandal siap macam-macam bukti, masih dipertahan untuk terus kekal. Yang berprinsip mempertahankan hak rakyat tanpa bukti dan alasan yg jelas kesalahannya, dicantas hidup-hidup suruh letak jawatan. Hang tak heran ka pasaipa jadi lagu tu?

5. Apabila DS Mukhriz dijatuhkan dengan cara ini, rakyat tidak akan sokong. Rakyat tidak akan diam kerana ORANG MUDA SEKARANG BUKAN JENIS SETIA MEMBUTA TULI. Depa ada akai boleh pikiaq. Dalam rakyat dibebani dengan masalah kos hidup itu dan ini, bapak hang bekompromi dengan KING OF CASH. Jatuhkan DS Mukhriz dengan CARA PALING JIJIK.

6. Terlalu awal sangat anak MB Kedah darul lena ni nak meroyan. DS Mukhriz yang bapak dia 22 tahun jadi Perdana Menteri tidak pernah meroyan cakap itu dan ini. Nak ulang sekali lagi, 22 tahun kalau hang nak tau. Sedangkan apa jenis hinaan yang orang tak kata pada Tun M? Malah lebih dari itu pernah digelar. Ada ka depa meroyan? Kalau ada habaq mai tang mana?

7. Rakyat tak akan pertikai kelulusan seorang MB kalau caranya betul sebab zaman DS Syed Razak jadi MB Kedah, dia juga pemimpin yang tidak mempunyai kelulusan tinggi. Tapi rakyat Kedah dapat terima dia sebagai MB. Tapi tidak untuk yang ini kerana caranya sangat jijik dan tidak gentleman. Elok la dia jadi MB utk ahli UMNO dan penyokong dia saja. Tapi TIDAK pada rakyat Kedah.

Akhir kata, jamu la geng-geng UMNO dengan dedak yang terbaik di pasaran. PRU nanti kita akan lihat kesan yang maha dahsyat hasil kerja bodoh pihak yang baling batu sembunyi tangan ini. Kerana anak muda Kedah pasti BANGKIT!

Yang tulus ikhlas,
Rakyat Kedah

Credit: dari likers MMFC Official, Rosman

Mintak maap banyak2 la naaa kalau teghasa 🙃

"Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata."

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.