PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Semua lelaki harus tahu bagaimana keadaan sebenar wanita ketika melalui 'period pain'.

Nukilan ini dipetik menerusi Facebook Firdaus Nasir.

Apa yang lelaki perlu tahu mengenai 'period pain' wanita

Lelaki dan PMS/Menstrual Pain.

Ini cuma apa yang aku boleh ulas daripada pemerhatian aku. Mungkin berbeza dengan korang.

Aku tak tau PMS ni apa sebenarnya. Bagi aku, PMS ni ialah masa untuk perempuan marah, merajuk dengan engko. Sebab? Takde sebab. It is simply because they can! Ada masa deme sangat okay, ada masa deme salahkan kita (lelaki) hanya disebabkan lelaki dalam drama mengorib TV3.

Tu belum kira deme punya craving nak makan itu ini tapi bila order, makan, sesuap je pastu “hmm kat kedai sana lagi sedap”. Order itu ini pastu kita kena habiskan, pastu kita belanja sebab nak bagi mood deme lagi okay pastu kemudiannya nanti deme tanya “baby you do have savings kan?”

Itu baru PMS. Kita beralih ke zaman ‘period’ deme pula. Aku tak tahu macam mana sakitnya menstrual pain tu tapi kenapa namanya bukan womenstrual pain?

Ini ialah zaman perempuan senyap dan mengadu sakit sampai ngeghonyen mukanya. Zaman kita diperlukan untuk melawak dan kalau deme tak gelak, engko cecepat cakap “okay sorry saya salah”. Kalau engko hambar nak mampus, engko recycle lawak orang lain. Kalau tak gelak juga, goodluck with your life bro.

‘Period’ juga ialah zaman kau minta maaf je pasal apa-apa pun. Kalau cuaca panas nak mampus pun, minta maaf je. #‎ProTip

Kesimpulannya, perempuan yang jadi/bakal jadi bini engko tu adalah makhluk pelik yang engko kena hadap sebab engko sayang dia. Diorang pun buat perangai macam tu kat engko sebab sayang ke engko. Kalau sayang orang lain, dia tak buat ke engko. Dan lagi satu, kalau mengadap benda normal pun boring juga. Yang pelik tu jugalah yang kita sayang.

So, jadilah understanding sikit. Deme nak perhatian je tu. Layan je.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.