PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Hanya kerana tidak mahu pulang ke rumah, seorang gadis kacukan Jerman-Rusia berusia 13 tahun sanggup mereka cerita dengan mengatakan dia diculik dan dirogol oleh individu tidak dikenali.

Gadis tersebut yang bernama Lisa mengaku mereka cerita kerana tidak mahu terus tinggal bersama ibu bapanya, lapor The Telegraph.

Ekoran daripada itu, Lisa membuat keputusan untuk keluar daripada rumahnya dan tinggal dengan seorang kenalan berusia 19 tahun.

Dua negara hampir berbalah akibat seorang gadis reka cerita dirogol

Kehilangannya disedari oleh ibu bapanya selepas dia dilaporkan tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Ibu bapanya yang bimbang terhadap keselamatannya terus meminta bantuan orang ramai dan membuat laporan polis untuk mengesan anaknya.

isa dikatakan pulang ke rumahnya 30 jam selepas kehilangannya dilaporkan.

Sewaktu pulang semula ke rumah, terdapat kecederaan dilaporkan di wajah Lisa.

Dakwaan tersebut meluas, seterusnya mencetuskan perbalahan dan menjejaskan hubungan diplomatik antara Jerman dan Rusia.

Ia juga mencetuskan bantahan oleh masyarakat Rusia-Jerman dan pergerakan anti-Islam di negara itu.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, dilaporkan secara terbuka menuduh pihak berkuasa Jerman tidak melakukan siasatan secara menyeluruh dan menuntut tindakan selepas dakwaan tersebut tersebar.

Bagaimanapun cerita sebenarnya terbongkar selepas gadis itu disoal siasat oleh pihak berkuasa selepas kejadian tersebut.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.