PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kahwin merupakan perkara yang paling diidam-idamkan pemuda pemudi yang masih bujang. Namun, realiti sebenar selepas kahwin adalah sangat sukar untuk dijelaskan.

Ikuti nukilan Muhammad Halqiqi yang pasti membuka mata anda semua.

Pendedahan mantap realiti selepas berkahwin

Kahwin tu bila kau dah ready nak kejut orang sebelah bangun solat malam, bersilat masak dan hidang makanan walaupun tengah malas berganda, pujuk dan suap bila orang tu susah nak makan, memaafkan walaupun bukan salah sendiri, menerima kekurangan dengan senyuman, menadah telinga dengar cerita walaupun tengah tak ada mood nak layan, berdiri, berlari silap ari bulan terbang buat macam macam walaupun mengantuk.

Dinding pun nampak macam tilam, saling mengingatkan soal pakaian dan solat seperti dai’e, sabar melayan dan memujuk macam jaga baby umor setahun walaupun tengah penat sebakul, tidur walaupun mata masih segar bugar, tersenyum walaupun tengah moody, dan bersedia menghadapi hari esok untuk rutin yg sama sekali lagi.

Walaupun bukan setiap hari begini, tapi itulah perumpamaan perkahwinan, commitment lelaki mahupun perempuan.. jangan mengeluh sebab tak kahwin lagi, tanya diri dah ready ke nak hadapi semua ini? just prepare.

Jangan kahwin kerana cintakan seseorang, kahwinlah kerana Allah, lalu kau akan mencintai seseorang itu…

*psst : Peringatan untuk diri sendiri yang belum berkahwin ni :)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.