PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Misteri tabung Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Pekan Sabak Bernam, di sini, yang sering ‘kering’ terjawab dengan tertangkapnya seorang lelaki yang sedang mencuri duit tabung masjid itu, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan petugas masjid ketika lelaki itu leka ‘memancing’ duit dari tabung tanpa menyedari dia diperhatikan.

Pegawai masjid Zulhafif Misran berkata, lelaki yang mempunyai masalah pembelajaran ditahan kira-kira jam 2 petang selepas kelakuan tergesa-gesa gesa menghampiri satu daripada tabung yang di dalam masjid lapor Harian Metro.

Misteri duit tabung Masjid Jamek Sultan Hishamuddin asyik lesap terungkai

“Selepas selesai solat Jumaat, jemaah berpusu-pusu keluar dari ruang solat, tetapi lelaki itu dilihat menghampiri tabung itu sebelum mencungkilnya menggunakan dawai besi untuk mengeluarkan duit yang disumbangkan.

“Tindakan lelaki itu bagaimanapun disedari beberapa jemaah dan pegawai masjid sebelum ditahan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, lelaki terbabit memberi alasan sekadar berada dekat dengan tabung masjid kononnya mahu menderma, tetapi selepas disoal siasat, akhirnya mengaku mahu mencuri duit sumbangan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap beg sandang, pihaknya turut menemui empat tabung bergerak masjid dengan jumlah keseluruhan wang yang dicuri dianggarkan bernilai RM80.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.