PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut waris si mati sejak Malaysia merdeka hingga hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri berkata angka itu diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya lapor Harian Metro.

Sehingga hari ini, RM60 bilion harta pusaka belum dituntut

“Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.

“Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim,” katanya ketika merasmikan Forum dan Taklimat Berhubung Pengurusan Harta Pusaka Kecil di sini, hari ini.

Beliau berkata selain JKPTG, agensi lain yang menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka adalah Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad.

Menurut Hamim hampir 75 peratus pembahagian harta pusaka di negara ini diuruskan JKPTG yang mempunyai 36 Unit Pembahagian Pusaka di seluruh negara

dengan setiap satunya bertanggungjawab menguruskan permohonan bagi dua hingga empat daerah.

“Perkhidmatan itu dibuat berdasarkan peruntukan perundangan bertujuan membantu orang ramai mengurus harta pusaka tanpa perlu turut naik mahkamah,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.