PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kempunan untuk membeli jet peribadi kerana tidak mempunyai wang mencukupi bagi memenuhi impiannya itu.

Walaupun tersenarai antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi, Shah Rukh, berkata wangnya habis kerana dilaburkan untuk menghasilkan filem.

“Saya mahu membeli pesawat tapi tiada wang. Saya laburkan semua wang dalam filem.

“Saya benar-benar ingin mengembara menggunakan pesawat peribadi kerana banyak yang saya boleh lakukan. Satu hari saya akan pastikan saya ada wang mencukupi,” katanya.

Shah Rukh Khan sedih tak cukup duit beli jet peribadi

Bintang ‘Dilwale’ itu berkata, beliau selalu berhadapan dua pilihan iaitu membeli kapal terbang atau menghasilkan filem dan Shah Rukh memilih filem.

Pelakon berusia 50 tahun itu bercakap secara terbuka mengenai kehidupan profesional dan peribadinya dengan peminat dan menjawab soalan menerusi platform sosial video secara langsung, #fame.

Apabila ditanya mengenai ‘kebimbangan terbesar’ dalam hidupnya, Shah Rukh, menjawab: “Saya ada banyak kebimbangan dalam hidup kerana apabila berada pada tahap ini, ada banyak perkara yang perlu anda lihat.

“Kebimbangan terbesar ialah kita perlu berbuat baik kepada semua orang, prihatin dan berfikir mengenai orang lain.

“Ada ketika saya cuma mahu katakan. Tidak, saya tidak mahu. Sesiapa tolong jaga saya.” – AGENSI

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.