PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jika sebelum ini kami mengemukakan artikel tentang 5 tabiat buruk yang perlu dielakkan ketika memandu kereta automatik, kini  kami sekali lagi tampil dengan 5 tabiat buruk yang perlu dielakkan ketika memandu kereta manual pula.

Dan seperti artikel sebelum ini, tips ini diberikan oleh Fenski dari chanel Youtube, EngineeringExplained.

5 Tabiat Buruk Semasa Memandu Kereta Manual

Jika anda seorang pemandu kereta manual, anda akan tahu di kereta manual, semuanya tentang ‘clutch’ dan gear. Jadi ini 5 tabiat yang perlu anda elakkan untuk memastikan dua bahagian ini lebih terjaga.

Menerusi Siakapkeli, kami kongsikan kepada anda 5 Tabiat Buruk Pemandu Kereta Manual yang Perlu Dielakkan.

1. Jangan gunakan batang gear sebagai tempat ‘merehatkan tangan’

5 Tabiat Buruk Pemandu Kereta Manual yang Perlu Dielakkan

Menggunakan batang gear sebagai tempat ‘menyantaikan’ tangan boleh menyebabkan satu komponen gear haus (lebih spesifik, trans-axle shift forks). Gambaran ringkasnya, jika anda meletakkan tangan di atas batang gear, anda sedang menekan satu komponen statik (gear forks) kearah satu komponen yang sedang berputar.

2. Jangan letakkan kereta dalam keadaan ‘bergear’ ketika menunggu di lampu isyarat

5 Tabiat Buruk Pemandu Kereta Manual yang Perlu Dielakkan

Tabiat ini sangat-sangat perlu dielakkan. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan komponen clutch anda cepat haus (sebab selalu tekan) malah ia juga boleh membahayakan jika anda secara tidak sengaja terlepas kaki dari ‘clutch’.

3. Jangan gunakan ‘clutch’ dan pedal minyak  untuk mengimbangi kereta anda ketika menaiki bukit

5 Tabiat Buruk Pemandu Kereta Manual yang Perlu Dielakkan

Sesetengah kita suka melakukan tabiat ini. Mengimbangi kereta menggunakan clutch dan juga minyak. Namun Fenski berkata ia adalah tabiat yang buruk. Rasionalnya? Perbuatan itu akan merosakkan bahan geseran (ferodo) yang ada di ‘clutch disk’. Dan ianya mahal untuk ditukar. Jadi lebih baik brek pad yang haus.

4. Jangan ‘heret’ enjin ketika gear tinggi.

Kadang-kadang, kita tersilap masuk gear tinggi ketika RPM masih lagi belum optimun. Disebabkan rasa malas, kita tidak menukar kembali ke gear yang lebih rendah. Namun , perbuatan ‘remeh’ ini akan memendekkan jangka masa ‘clutch’ dan juga meningkatkan pengumpulan habuk di dalam enjin.

5. Jangan letakkan kaki anda di atas ‘clutch’ ketika memandu

5 Tabiat Buruk Pemandu Kereta Manual yang Perlu Dielakkan

Apabila anda meletakkan kaki anda pada pedal ‘clutch’, berkemungkinan clutch anda itu tidak benar-benar terangkat dari sistem transmisi. Ini boleh menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi selain ‘clutch’ anda juga turut akan haus.

Jika anda perlukan penjelasan yang lebih teknikal dan mendalam, tonton video ini:


Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.