PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kita semua bersetuju yang tidak ada pekerjaan yang memenatkan selain menggosok tandas. Bilik mandi bersih membuat seluruh rumah sihat kerana jika bilik mandi anda bersih dan berbau segar, ia akan mewujudkan suasana selesa dan nyaman.

Disini, kami tunjukkan kepada anda, agar anda boleh membuat pembersih bilik mandi buatan sendiri anda yang akan menghilangkan semua kuman dan mikroorganisma dan memberikan bau yang nyaman.

Tips Tandas Berbau Segar dan Bersih

Bahan-bahan yang diperlukan:


  • 160 gm Serbuk penaik@baking soda
  • 60 ml jus lemon
  • 1/2 sudu makan Cuka
  • 1 sudu makan Hidrogen peroksida (3%, dari farmasi)
  • 15-20 titis minyak wangi

Cara membuatnya:

Letakkan baking soda dan tuangkan dalam jus lemon dalam mangkuk.

Kemudian, dalam mangkuk kecil, campurkan hidrogen peroksida dan cuka. Campurkan keduanya, dan titiskan ke dalam campuran baking powder. Akhir sekali, tambah minyak wangi pilihan anda.

Buat bentuk setengah bola menggunakan sudu dan letakkanya di kertas roti kering. Jika anda ingin, anda juga boleh menggunakan campuran air bahagian yang sama dan cuka ke tandas. Campuran ini dapat menjaga tab kerana membentuk kerak yang sukar dibuang di sekitanya.

Tips:

Campuran ini perlu sekurang-kurangnya empat jam untuk dikeringkan, bagaimanapun, anda dosarankan hanya meninggalkan campuran itu sepanjang malam. Simpan campuran itu dalam botol kaca kedap udara berhampiran tandas anda ketika mereka benar-benar kering.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.