PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Siapa yang tidak kenal dengan bintang bola sepak paling terkemuka di dunia, iaitu Cristiano Ronaldo. Dia sememangnya seorang yang amat hebat dan sangat lincah ketika berada di padang.

Dia juga amat diketahui umum seorang pemian bola sepak yang berhati mulia dan baik hati.

Sekiranya anada peminat setia Cristiano Ronaldo, pasti anda akan perasan bahawa, pada badan Ronaldo tidak mempunyai sebarang tatu. Aapabila ditanya kepada beliau mengapa dia tidak melukis pun sebarang tatu di badannya, lalu Cristiano Ronaldo pun memberikan jawapan dan sebab yang sungguh istimewa sekali.

Cristiano Ronaldo mengatakan bahawa dia tidak akan mentatu tubuhnya badannya adalah kerana itu akan menyebabkannya tidak akan boleh untuk  menderma darah. Bagi beberapa buah negara mungkin membuatkan  dia terpaksa untuk menunggu selama enam bulan atau sehingga satu tahun sebagai langkah pencegahan terhadap pencemaran silang dan penyakit. Jadi bagi Ronaldo, seni kulit atau bertatu adalah amat tidak berguna baginya.

Kenapa Cristiano Ronaldo Dia Tidak Mahu Bertatu

Untuk pengetahuan anda juga,  beliau adalah seorang penderma sumsum tulang. Ronaldo telah membuat keputusan untuk menjadi seorang penderma sumsum tulang, selepas salah satu daripada anak rakan sepasukanya yang amat memerlukan pemindahan sum-sum tulang.

“Itu adalah di masa apabila Carlos [Martins] bersama-sama kami di pasukan kebangsaan. Dia ada mengatakan kepada kami tentang masalah yang dihadapi anaknya dan oleh sebab itu, kami para pemain, menunjukkan semangat sepasukan yang besar untuk membantu dia dan anaknya. ini kerana kami tahu itu adalah satu situasi yang sangat rumit untuk dihadapi.

Menurut orang ramai “Menyumbangkan sumsum tulang adalah sesuatu yang akan membuatkan  orang akan berfikir ianya adalah perkara yang sukar untuk dilakukan, akan tetapi sebenarnya itu adalah tidak lebih daripada anda menyumbang darah dan ianya tidak sakit.”

Pastinya, semakin ramai bakal menjadi peminat Cristiano Ronaldo.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.