PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sekarang, kemudahan alat penghawa dingin di rumah tidak lagi dilihat sebagai suatu barangan kelengkapan rumah yang mewah kerana dengan serendah RM599, anda sudah mampu untuk memiliki peralatan ini di rumah.

Bagi mereka yang sudah lama memiliki alat penghawa dingin (AC), keperluan untuk menyelenggara unit AC anda di rumah secara berjadual merupakan suatu kemestian untuk memastikan unit AC ini dapat digunakan untuk jangka masa yang lama.

Waspada Teknik Penipuan Servis Air-Cond Rumah

Namun, seperti mekanik kenderaan di mana-mana bengkel, kebanyakan juruteknik AC memilih untuk mengambil kesempatan ke atas pelanggan mereka yang kurang arif mengenai operasi unit AC mereka.

Memetik perkongsian dari laman Facebook, seorang mangsa telah berkongsi teknik yang sering digunapakai oleh kebanyakan juruteknik AC untuk menipu pelanggan mereka untuk mengaut keuntungan yang besar dengan mudah.

Begini Rupanya Teknik Penipuan Semasa Servis Air-Cond di Rumah

Di antara dialog popular yang sering kita dengari di antaranya adalah “Bang, gas AC sudah kurang, kasi tambah ya?” – familiar bukan?

Inilah cerita tentang penipuan Tukang Service AC yang dikongsikan oleh Fx Lilik Dwi Mardjianto dari Indonesia di Facebook yang kami terjemahkan kepada Bahasa Malaysia.

Teknik Penipuan Servis AirCond di Rumah

“Kami hampir ditipu tukang AC. Cerita yang sama juga telah diberitahu oleh isteri saya. Ceritanya begini…

Kerana Sabtu adalah hari untuk mengemas rumah, maka kami merancang untuk service AC (cuci). Kebetulan kami punya beberapa risalah berisi info tukang AC. Dipendekkan cerita, kami menelefon tukang AC dan setelah beberapa lama menunggu, tukang AC-nya datang. Mereka berdua, satu orang yang pegang kendali (pengendali) dan yang satu hanya melayani (pelayan).

Di akhir pekerjaan, mereka kata 'freon' (gas) habis jadi harus ganti isi ulang dengan bayaran Rp 400 ribu, Saya langsung menjawab tidak. Saat itu, saya ingat pesan jiran tentang modus seperti itu. Raut muka si tukang AC sangat tidak senang mendengar respon saya. Sebelum meninggalkan rumah kami, dia bilang seperti ini “AC-nya tak payah dihidupkan, takut nanti meletup!”. Kami hanya membalasnya dengan senyuman.

Teknik Penipuan Servis AirCond di Rumah

Siang hari, ketika Kinan tidur, kami hidupkan AC tersebut, namun hanya hawa hangat yang kami rasakan, tidak ada dingin sama sekali. Kami tunggu sejam, tidak juga dingin. Akhirnya kami menyimpulkan bahawa kami telah kena 'pedajal' oleh si tukang AC.

Dipendekkan cerita, melalui bantuan rakan, saya berjaya mendatangkan kaedah untuk melihat keadaan AC kami. Dan benar dugaan kami, tukang AC tadi nakal. Dia menutup saluran freon di peranti outdoor. Patutlah dingin tak pernah sampai ke ruangan. Ketika kami cerita tentang hal ini, ternyata jiran kami juga sudah ada yang tertipu.

Rupanya ini modus umum yang sering dilakukan oleh pekerja tukang AC. Saya memutuskan untuk menelefon si tukang penipu itu dan memintanya kembali ke rumah. Mungkin dia berfikir kami jadi ganti freon. Selepas memberikan Rp 400k, si tukang itu terpaksa menyemak kuliah panjaaaang lebar tentang nilai-nilai kejujuran!

Semoga kisah ini memeberi manfaat kepada teman-teman untuk lebih berhati-hati. Pakailah servis tukang AC yang sudah diyakini!”

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.