PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kita sering kali lupa untuk memberi kepada golongan yang kurang mampu, kadang-kadang tengok peminta sedekah di tepi jalan pun langsung tidak terdetik untuk bersedekah.

Ada yang lagi teruk merasakan peminta sedekah tersebut hanya berlakon miskin dan cacat kerana malas untuk bekerja.

Patutlah rezeki yang diterima tiada keberkatan, sering kali tak cukup wang dan merasa tidak puas.

Lelaki ini sendiri telah mengalami keajaiban sedekah yang selama ini sering dilupakan. Dia selalu diuji dengan kesempitan sehinggalah…

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Ebit Lew.

Rahsia Bagaimana Kontraktor Hidup Susah Boleh Menjadi Senang Dalam Setahun

Diuji dengan kesempitan, selalu menangis kerana tiada projek masuk.

Semalam saya jumpa dengan anak muda yang setahun lepas susah dan tiada duit. Kerja kontraktor tapi tiada projek. Hidup benar-benar berjimat cermat dan selalu nampak dia solat di masjid dan doa menangis. Selalu rasa perasaan itu. Diuji dengan kesempitan.

Kini dalam setahun rezekinya mencurah-curah berkat kejujurannya dan tidak pernah ambil kesempatan pada orang lain, jaga solat, dan sayang isteri dan ibubapanya.

4 kali orang datang minta duit, dia beri setiap seorang RM 20.

Dia baru beli rumah dan kereta yang lebih baik. Masa kami sedang minum 4 kali orang datang minta duit. Dia beri setiap orang rm20. Katanya gembira bila tengok orang gembira. Saya terus sebak sebab fikir berkat doa ibubapanya dan isterinya yang tercinta. Saya terbayang dia setahun yang lalu. Tak rugi kita bantu orang baik. Mereka gunakan duit bukan untuk dirinya sahaja tapi di jalan Allah. Kita tolong seorang. Mereka tolong seribu orang. Seribu orang setiap orang tolong seribu orang. Ya Allah inilah perniagaan yang tak rugi. Tolong orang kerana Allah. Amal jariah berkekalan. Allah beri balasan mengikut niat.

Kini, rezeki mencurah. Semua duit gaji diberikan kepada ibunya.

Mula-mula dia kerja hampir semua gajinya diberikan pada ibunya sebelum dia kahwin. Kalau berjalan mesti pegang tangan. Saling mencintai. Tak pernah marah dan tak ambil kesempatan dari sesiapa ketika berurusan. Saya tengah fikir untuk beri dia projek semua francais paramount yang akan datang.

Saya ajak dia dakwah beberapa tempat semalam. Mula-mula singgah isi minyak di Petronas. Saya beri rm5 pada seorang Bangladesh. Lepas tu saya kata apa khabar. Dia kata baik. Saya bagitahu padanya Allah sayang kita. Seluruh hidup kita dan seluruh alam dalam kuasa Allah. Selain Allah tak boleh beri atau buat apa-apa. Jaga solat 5 waktu. Bila kita jaga solat. Allah jaga kita. Dia Allah baik. Semuanya milik Allah. Dah solat Maghrib ke? Jawabnya belum lagi. Saya kata pergi solat dulu. Dia kata, baik-baik sekarang saya solat.

Belum pernah ada orang belanja kami makan macam ni. Saya kata sebab Allah sayang.

Selepas satu ceramah. Kami singgah di kedai mamak pula. Jumpa anak muda kolej lelaki perempuan duduk sekali jam 1 pagi. 2 perempuan sexy berpeluk dengan 6 orang anak muda lelaki. Saya beri salam pada mereka. Saya kata saya ebit boleh saya nak minta masa adik-adik sekejap. Saya tanya nama mereka.

Mereka kata boleh..cuma kami sibuk jap g nak belahhh dahhhhh…saya kata ooo takper. Saya cuma nak jumpa anak muda yang disayangi Allah. Saya sebut nama mereka. Nanti adik Islam kan Amerika. Yang ni Islamkan Russia. Yang ni Islamkan Perancis. Awak China… awak seluruh Pulau kat Indonesia. Saya berdoa adik semua yang baik ni dapat sambung dakwah Nabi saw ke seluruh dunia.

Mereka gelak-gelak jer dan kata nak pergi dah. Saya dah nak gerak. Tiba-tiba budak-budak tadi kejar saya dan kata apa no telefon ustaz. Nanti nak dengar ceramah lagi. Terima kasih bayarkan makan.

Bukan saya bayar. Kawan saya tadi dah bayar semua sekali awal-awal lagi. Diaorang kata belum pernah ada orang belanja kami makan macam ni. Saya kata sebab Allah sayang. Berkat baru dengar ceramah 2 minit. Lagi lama sebut nama Allah dan dengar nama Allah, tak tahu apa Allah hadiahkan…hadiah paling besar belajar mencintai Allah. Mencintai Rasulullah saw.

Tak rugi sedikitpun apabila kita memberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Mungkin boleh dimulakan dengan orang yang terdekat seperti adik beradik atau kawan-kawan. Mana tahu esok atau lusa Allah swt gandakan rezeki kita itu. Yang penting latih diri untuk sentiasa memberi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.