Header Ads

Loading...

Bapa Mohon Hakim Tarik Balik Ikat Jamin Untuk Beri Pengajaran Kepada Anaknya

Seorang bapa memohon Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menarik balik ikat jamin diberikan kepada anaknya yang dituduh terbabit dalam samun berkumpulan kerana mendakwa anaknya itu tidak serik-serik melakukan kesalahan jenayah.

Beri Pengajaran Kepada Anak, Bapa Mohon Hakim Tarik Balik Ikat Jamin

IPOH 07 DECEMBER 2016. M.Herry Dass,26, meraung sebaik keluar dari mahkamah selepas bapanya V Maria Dass memohon Mahkamah Sesyen Ipoh menarik balik ikat jamin dikenakan terhadapnya atas tuduhan terbabit dalam samun berkumpulan kerana mendakwa anaknya itu tidak serik-serik melakukan kegiatan jenayah. NSTP/L.MANIMARAN

V Maria Dass, 55, terus meluru ke hadapan mahkamah sebaik Hakim S Indera memberitahu jaminan sebanyak RM3,000 terhadap anaknya Herry Dass, 26, diteruskan selepas didakwa 20 Jun 2016 atas tuduhan samun berkumpulan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan lapor HMetro.

Herry kemudiannya terus menangis dan meraung di dalam kandang tertuduh memohon maaf kepada bapanya sebelum Indera Nehru terpaksa menangguhkan prosiding bagi memberi peluang kepada dua beranak itu untuk berbincang.

Selepas prosiding dimulakan semula, Maria Dass tetap dengan keputusannya untuk memohon mahkamah menarik balik ikat jamin diberikan terhadap anaknya itu.

Herry terus meraung serta meluru ke arah bapanya sebelum sujud di kaki bapanya memohon maaf namun Maria Dass enggan memaafkan anaknya itu.

Indera Nehru kemudiannya membenarkan permohonan Maria Dass untuk menarik balik ikat jamin terhadap tertuduh dan memberitahu Maria Dass yang keputusan menarik balik itu akan kekal.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.