Header Ads

Loading...

Budak Skinhead Beri Amaran Ingin ‘Bersihkan’ Kuala Lumpur Dari Raver Dan Hipster

Persengketaan antara pengamal budaya yang berasal dari Barat ini terjadi sejak awal tahun 2016 kerana kononnya anggota kumpulan Raver telah dipukul oleh pengamal Hipster. Disebabkan tidak berpuas hati dengan kumpulan Hipster, semua pengamal Raver diseru turun ke KLCC untuk melancarkan “perang” membalas dendam.

Budak Skinhead Lancar ‘Perang’ Terhadap Raver Dan Hipster

Budak Skinhead Beri Amaran Ingin ‘Bersihkan’ Kuala Lumpur Dari Raver Dan Hipster

Budak Skinhead Beri Amaran Ingin ‘Bersihkan’ Kuala Lumpur Dari Raver Dan Hipster

Sabtu lalu, KLCC sekali lagi dibanjiri oleh kumpulan Raver selepas dikatakan bakal bertempur dengan kumpulan Hipster. “Perhimpunan” antara kedua-dua kumpulan ini bagaimanapun dilaporkan berlangsung secara aman tanpa sebarang pergaduhan.


Oleh kerana kedua-dua kumpulan ini dilihat cuba “mengusai” Kuala Lumpur, satu lagi kumpulan “bawah tanah” dikenali sebagai Skinhead telah “bangkit dari tidur” dan memberi amaran kepada kedua-dua kumpulan, Raver dan Hipster. Untuk info, kumpulan Skinhead adalah antara kumpulan berpenampilan “ganas” yang popular sekitar era 80 dan 90an namun mula menyepi semenjak 2010.

Budak Skinhead Beri Amaran Ingin ‘Bersihkan’ Kuala Lumpur Dari Raver Dan Hipster

Berikut adalah antara amaran yang diberikan oleh kumpulan “pelapis Skinhead” kepada kumpulan Raver dan Hipster.

Budak Skinhead Beri Amaran Ingin ‘Bersihkan’ Kuala Lumpur Dari Raver Dan Hipster

Budak Skinhead Beri Amaran Ingin ‘Bersihkan’ Kuala Lumpur Dari Raver Dan Hipster

Adakah ini suatu petanda bahawa kumpulan aliran Skinhead yang pernah “berkuasa” di Kuala Lumpur suatu ketika dulu akan kembali bangkit dari cubaan “rampasan tahta” oleh kumpulan Raver dan Hipster?

Topik ini menjadi bualan hangat netizen di media sosial, rata-rata netizen menasihatkan adik-adik yang kebanyakannya masih bersekolah ini agar tidak mudah terpengaruh dan mengelakkan dari melakukan sesuatu yang tidak berfaedah. - CARI
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.