Header Ads

Loading...

Dato Seri Vida Menghidap Darah Tinggi Gara-Gara Tekanan Perasaan?

Loading...
DATO SERI VIDA MENGHIDAP DARAH TINGGI?

Heboh DSV menunjukkan bacaan tekanan darahnya yang terlajak tinggi. Bahkan beliau sendiri mengaku bahawa bacaannya pernah naik melebihi 200 bagi bacaan atas (systolic).

Ini berlaku akibat tekanan perasaan yang dialami beliau berikutan isu penajaan satu program di televisyen baru-baru ini.

DSV mungkin antara rakyat Malaysia yang menghidap darah tinggi. Kadar peningkatan pesakit darah tinggi amat ketara dalam 5 tahun kebelakangan ini.

Akibat Tekanan Hidup, Dato Seri Vida Menghidap Darah Tinggi?

Bagaimana seseorang itu disahkan darah tinggi?

Apabila Bacaan tekanan darah yang melebihi 140/80 dua kali berturut pada selang masa dan keadaan yang tertentu boleh disahkan menghidap penyakit darah tinggi atau Hypertension.

Darah tinggi amat mudah terjadi jika terlalu stress, gaya hidup yang tidak sihat, pemakanan yang tidak seimbang, merokok, kurang aktif bersenam dan faktor lain.

Bagi bacaan melebihi 180/100 ke atas seperti DSV adalah disarankan segera berjumpa dengan doktor untuk menurunkan bacaan tersebut.

Ini kerana risiko untuk serangan jantung (heart attack) atau angin ahmar (stroke) amat tinggi sekali.

Komplikasi bacaan tekanan darah seperti DSV antaranya adalah buta, kerosakan buah pinggang, lemah jantung dan pelbagai masalah kesihatan serius yang lain.

Dato Seri Vida Menghidap Darah Tinggi Gara-Gara Tekanan Perasaan?

Bagaimana pula rawatannya?

Sudah pasti bukannya Jus PAMOGA sebagai rawatan darah tinggi seperti mana yang dilaung oleh ejen syarikat DSV dan Dato Vida sendiri.

Pesakit ada dua pilihan samada mahu makan ubat atau tidak.

Pilihan tidak mahu makan ubat amat murah dan baik untuk jangka masa panjang. Iaitu bersenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama 30 minit sehari, mengambil diet pemakanan yang seimbang, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan mengawal stress.

Kelihatan mudah tetapi memang agak sukar dilaksanakan. Cara ini memerlukan mentaliti yang kuat untuk Sihat. Jika tidak mampu maka makan ubat jugalah jawapannya.

Buat Dato Vida, mungkin sudah tiba masanya Dato Seri berhenti menaja program hiburan yang tidak bermanfaat. Banyak lagi program ilmu dan agama yang jauh bermanfaat memerlukan sumbangan Dato Seri.

Insyallah hati lebih tenang, rezeki lebih barokah. Oh ye jangan lupa dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.

Sumber: Dr Afiq Rahim 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.