Sebuah kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari jabatan psikologi University of Washington mendapati bahawa, prestasi kanak-kanak akan merudum sehing 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada dalam bilik yang sama. Dan lebih mengejutkan, kajian itu mendapati bahawa jika kanak-kanak itu berumur 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!

Kajian itu telah dijalankan ke atas 500 keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasat, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.

Professor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr. K.P Leibowitz memberitahu,

"Apa yang kami dapati, kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%. Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan terhesa-gesa. Bki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu mereka, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenanrya mereka baru sahaja makan. Sangat menarik!"

Salah seorang daripada ayah yang terlibat dengan kajian ini (dia mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan daripada kajian ini dan berkata,

"Saya selalu tertanya-tanya mengapa isteri saya tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahan mereka (anak-anak) dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Mereka berkelakuan baik dengan saya."

Ramai suami atau ayah yang tidak mengetahui perkara ini, kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibunya.

Kajian itu juha mendapati, jika dalam situasi untuk memperbaiki disiplin mereka, 100% (semua sekali!) lebih responsif kepada kata-kata yang diucap dengan nada yang normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Untuk mendapatkan repon yang sama, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya seperti seorang manusia yang sedang diserang oleh haiwan yang ganas.

Ibu kepada 4 orang anak yang juga salah seorang daripada peserta kajian ini berkata,

"Saya tidak memerlukan kajian seperti ini untuk memberitahu saya (tentang sikap anak apabila bersama ibunya)."

Kajian ini sungguh cool. Haaa, untuk para lelaki di luar sana, sekarang barulah kita tahu kan yang bukan mudah menjadi seorang ibu. Dan untuk ibu, teruslah berusaha untuk berikan yang terbaik kepada anak anda.

Tiba-tiba teringat ibu dekat rumah. Hm.

Catat Ulasan Blogger

 
Top