Header Ads

Loading...

Campak Telefon Atas Muka Isteri, Aliff Aziz Ditahan Polis

Cederakan Isteri Dalam Pantang, Aliff Aziz Ditahan Polis

Memang kita tahu Aliff Aziz sememangnya seorang suami penyayang jika dilihat dari laman Instagram miliknya. Baru ini Aliff dikurniakan seorang bayi lelaki. Memang sweet baca kapsyen Aliff yang bersyukur kerana isteri melahirkan anak mereka.

Namun, hari ini viral dia ditahan pihak polis kerana didakwa memukul isterinya. Ruangan komen juga dihujani dengan kritikan dan makian dari netizen.

Memukul isteri dalam pantang

Campak Telefon Atas Muka Isteri, Aliff Aziz Ditahan Polis

Penyanyi terkenal Aliff Aziz ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka. Artis yang berasal dari Singapura itu dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras lapor Utusan Online.

Bella telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas dipukul suaminya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.

Mencampak telefon bimbit ke muka isteri

Campak Telefon Atas Muka Isteri, Aliff Aziz Ditahan Polis

Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain. Mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu. Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu.

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.

(Baca: Dibelasah Aliff Aziz, Bella Astillah Dedah Sikap Sebenar Aliff Aziz)
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.