Header Ads

Loading...

Diculik Teman lelaki Selama 29 Hari Dan Dirogol 5 Kali Sehari

Gadis Diculik Teman lelaki Selama 29 Hari Dan Diperkosa 5 Kali Sehari

Pulau Bornoe: Seorang remaja wanita berusia 17 tahun mengalami nasib malang apabila dijadikan tahanan (diculik) selama 29 hari oleh teman lelakinya sendiri. Lebih memilukan apabila gadis berkenaan turut dijadikan pemuas nafsu teman lelakinya yang dikenali sebagai Redianto, 28 tahun.

Kejadian itu terbongkar apabila pihak polis membuat carian selepas kedua orang tua mangsa membuat laporan polis sehari selepas mangsa dikhabarkan hilang.

Selama 29 hari, mangsa telah disiksa baik secara fizikal mahupun seksual selama dalam tahanan, hal itu diceritakan oleh mangsa sendiri ketika menceritakan keadaannya selama dalam tahanan suspek.

Tidak cukup dengan itu, di dalam telefon bimbit suspek juga didapati beberapa video dan juga gambar yang dipercayai sengaja dirakam ketika suspek merogol mangsa dalam bilik berkenan.

Pihak Polis Prabulih Sulawesi menyatakan dalam sidang media semalam, mangsa di laporkan hilang pada 23/02/2017 lalu.

Katanya, suspek mengajak mangsa untuk bertemu membincangkan tentang hubungan mereka, dipendekkan cerita, mangsa termakan pujuk rayu suspek dan diajak bersiar siar.

Melihat mangsa yang sudah dalam kawalan dan terpedaya, suspek kemudian mengajak mangsa untuk masuk ke dalam rumah.

Ketika itu suspek memaksa mangsa melakukan hubungan intim hingga mangsa terpaksa merelakannya.

Dipercayai suspek yang takut kejadian akan diceritakan mangsa kepada polis membuat keputusan mengurung mangsa di dalam bilik tanpa diketahui sesiapapun.

Dalam bilik berkenan mangsa di kurung selama 29 hari dan dirogol hampir setiap hari, malah katanya mangsa dirogol sampai 5 kali sehari.

Sementara itu, bapa mangsa, Romzy tidak dapat menahan sebak mendengar pengakuan satu-satunya anak gadisnya berharap agar pihak polis menghukum lelaki yang telah merosakkan masa depan anaknya itu.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.