Header Ads

Gadis Ini Diculik Dan Dirogol Sebelum Dibunuh Kerana Cinta Tidak Direstui Oleh Keluarga

LONDON- Cinta terlarang menjadi punca seorang remaja India Muslim berusia 19 tahun diculik dan rogol sebelum dibunuh di selatan London, minggu lalu lapor Harian Metro.

Menurut Daily Mail, mahkamah diberitahu, mangsa, Celine Dookhran, 19, menjalin hubungan dengan lelaki Arab yang tidak direstui keluarganya kerana lelaki itu bukan India Muslim.

Pegawai pendakwa, Binita Roscoe, berkata mayat Celine Dookhran, 19, ditemui dalam sebuah rumah £1.5 juta yang sedang diubah suai di London Selatan selepas dia diculik bersama rakan serumahnya dari rumah mereka.

Cinta Tak Direstui, Gadis Diculik Dan Dirogol Sebelum Dibunuh

Menurut rakannya berusia 20-an yang terselamat, dia berada di atas katil apabila terdengar jeritan mangsa yang diseret keluar dari balik mandi oleh dua lelaki sebelum dikenakan renjatan elektrik

Dia dan mangsa kemudian diikat dengan pita pelekat serta tali, mulut disumbat sarung kaki dan dibungkus dalam kepingan plastik sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Mereka dibawa ke rumah berkenaan di Kingston sejauh lapan kilometer sebelum Celine dirogol dan dibunuh dengan lehernya dikelar manakala rakannya yang juga cedera akibat leher dikelar, berjaya melepaskan diri.

Semalam, dua lelaki itu, Mujahid Arshid, 33, dan Vincent Tappu, 28, dihadapkan ke mahkamah majistret di Wimbledon.

Mujahid menghadapi tuduhan membunuh, rogol dan menculik Celine serta cubaan membunuh, cuba merogol dan menculik rakan mangsa manakala Vincent dituduh menculik kedua-dua mangsa.

Hakim membenarkan reman Mujahid dan Vincent.

Celine yang dilahirkan di Wandsworth pada 1996, adalah anak sulung daripada tiga beradik. Dia menyukai solekan dan menjadi jurusolek. Twitternya dipenuhi gambar mengenai solekan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.