Header Ads

Loading...

Gambar Terkini Pelakon Kanak-kanak Bollywood Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dulu

Loading...
Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana agaknya wajah terkini pelakon kanak-kanak Bollywood yang pernah menjadi pujaan ramai suatu ketika dahulu.

Masih Ingat Pelakon Kanak-Kanak Bollywood Ini? Ini Rupa Terkini Mereka.

Jom kita lihat wajah terkini mereka.

1. Sana Saeed 

Gambar Terkini Pelakon Kanak-kanak Bollywood Yang Pernah Popular Suatu Ketika Dulu

Bintang kecil yang pernah menjadi fenomena dahulu dengan wataknya sebagai Anjali di dalam filem Kuch Kuch Hota Hai yang turut menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai watak utama. Sana dilahirkan pada 22 September 1988 dan kini umurnya sudah menjangkau ke 29 tahun. Terkini dia merupakan seorang pelakon dan juga peragawati.

2. Hansika Motwani

Wajah Terkini Pelakon Kanak-kanak Bollywood

Kalau anda pernah menonton filem Koi Mil Gaya yang menampilkan Hrithik Roshan dan Preity Zinta sebagai hero dan heroin. Hansika merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak yang memegang watak di dalam filem tersebut. Dia dilahirkan pada 9 Ogos 1991 dan kini kerjayanya adalah sebagai seorang pelakon filem tamil.

3. Ayesha Kapur

Wajah Terkini Pelakon Kanak-kanak Bollywood

Filem Black pada tahun 2005 telah menampilkan Ayesha Kapur sebagai pelakon kanak-kanak di dalam filem tersebut dan telah bergandingan dengan pelakon hebat seperti Amitabh Bachchan, Rani Mukerji dan ramai lagi. Ayesha dilahirkan pada 13 September 1994 dan kini dia merupakan seorang pelakon.

4. Tanvi Hegde

Wajah Terkini Pelakon Kanak-kanak Bollywood

Tanvi telah memulakan kariernya dalan bidang lakonan semenjak dirinya masih kanak-kanak lagi. Antara filem yang telah menaikkan namanya adalah menerusi filem Champion yang ditayangkan pada tahun 2000. Dalam filem tersebut dia memegang watak sebagai Shraddha. Kini usianya sudah mencecah 25 tahun.

5. Alia Bhatt

Wajah Terkini Pelakon Kanak-kanak Bollywood

Alia Bhat mula dikenali menerusi lakonannya di dalam filem Sangharsh pada tahun 1999 dan memegang watak sebagai Young Reet Oberoi. Ketika dia memegang watak ini dia baru berusia 6 tahun. Terkini selain bergelar pelakon, Alia juga merupakan seorang penyanyi.

6. Parzaan Dastur


Watak kanak-kanak lelaki bisu yang comel dalam filem Kuch Kuch Hota Hai telah dilakonkan oleh Przan Dastur. Parzan kini berusia 25 tahun dan merupakan seorang pelakon, penyanyi, pemuzik malah dia juga merupakan seorang pengarah dan penerbit.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.