Header Ads

Jalin Hubungan Sulit Dengan Mike Shinoda, 'Pengakuan' Mengejutkan Balu Chester Bennington

AKAUN Twitter balu vokalis Linkin Park, Chester Bennington dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab hanya selepas beberapa jam berita kematian penyanyi terkenal itu tersebar.

Beberapa siri tweet dimuat naik ke akaun milik Talinda Bennington dengan 'pendedahan' penuh kontroversi berhubung kematian Chester.

Antara 'pendedahan' yang dimaksudkan ialah Talinda dikatakan membuat pengakuan mempunyai hubungan sulit dengan rakan baik Chester dalam Linkin Park, Mike Shinoda.
Talinda juga dikatakan mengaku tidak pernah mencintai suaminya itu dan hanya mengahwininya kerana wang lapor Astro Awani.

Balu Chester, Talinda 'Mengaku' Ada Hubungan Sulit Dengan Mike Shinoda
Peminat percaya akaun Talinda digodam kerana hubungan pasangan itu sentiasa mesra dan tidak menampakkan sebarang masalah. -Reuters

Status yang dimuat naik ke akaun Talinda dipercayai akibat digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Kesemua status itu walau bagaimanapun telah dipadamkan.

Jalin Hubungan Sulit Dengan Mike Shinoda, 'Pengakuan' Mengejutkan Balu Chester Bennington

Bagi peminat dan pengikut setia Chester, mereka percaya akaun Talinda digodam kerana hubungan pasangan itu sentiasa mesra dan tidak menampakkan sebarang masalah.

Talinda juga sering memuat naik gambar berserta kapsyen romantis buat suaminya ke laman sosial.

Chester mengahwini Talinda pada 31 Disember 2005, dan mempunyai tiga orang anak - Tyler serta anak kembar Lilly dan Lila.

Chester, 41, mengejutkan dunia dengan tindakannya yang dipercayai membunuh diri dengan cara menggantung diri.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.