Header Ads

Loading...

KECOH PADANG MERDEKA KUCHING ADA SALJI

Kecoh sejak petang semalam rakaman video fenomena ‘salji’ yang dipercayai berlaku di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak tular di media sosial.

Sekali imbas kelihatan rintik-rintik kepulan putih berterbangan di ruangan langit sekitar lokasi terbabit persis kepingan salji seperti di luar negara.

KECOH PADANG MERDEKA  KUCHING ADA SALJI

Fenomena unik itu telah menarik perhatian netizen dan ada yang menyifatkan keadaan itu seolah-olah sedang berada di New York dan Jepun.

Tulis Emelyn Martin; “Wah! Autumn in my heart…”

“Hebat kawasan ini, petang-petang feeling New York, malam feeling Korea,” tulis salah seorang pengunjung di video tersebut.

Video yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook Kamek Miak Sarawak itu telah dikongsikan lebih 5,000 kali.

Faktanya, fenomena ‘salji’ itu sebenarnya kekabu dari pokok kekabu di sekitar Padang Merdeka.

KECOH PADANG MERDEKA  KUCHING ADA SALJI

Kekabu merupakan gentian dari seperti kapas dari bahagian buah tumbuhan itu dan suatu ketika dahulu digunakan untuk isian tilam dan bantal secara tradisional.

Ia mampu bertahan selama lebih 20 tahun.

Bagaimanapun, menurut info yang dikongsikan di laman sosial, pokok kekabu di Padang Merdeka itu bernilai RM1.3 juta.

“Pokok kekabu di Padang Merdeka sudah berusia 90 tahun dan berasal dari Amerika Tengah. Ia berharga Rm1,300,888.60,” tambahnya.

Kami kongsikan beberapa gambar unik fenomena salji pokok kekabu yang telah dirakamkan netizen.

KECOH PADANG MERDEKA  KUCHING ADA SALJI

KECOH PADANG MERDEKA  KUCHING ADA SALJI

KECOH PADANG MERDEKA  KUCHING ADA SALJI

Sumber & kredit: FB Kamek Miak Sarawak
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.