Header Ads

Loading...

KETAHUI 10 FAKTA PELIK TENTANG MJ DI SEPANJANG HAYATNYA

KETAHUI 10 PERKARA PELIK TENTANG MJ DI SEPANJANG HAYATNYA

Pada 25 Jun yang lalu, genap sudah 8 tahun Raja Pop, Michael Jackson meninggalkan kita. Melalui zaman kegemilangan yang begitu masyhur, Michael Jackson mungkin merupakan orang yang paling terkenal di dunia, malah dikasihi di setiap benua.

Namun, dia meninggalkan salah satu warisan yang paling aneh dari mana-mana manusia dalam sejarah, dari menjadi salah seorang penyanyi terlaris sepanjang masa hinggalah tuduhan mencabul kanak-kanak, ketagihan yang mengerikan kepada pembedahan plastik, dan tajuk berita tabloid legenda yang mengaburi sempadan antara fantasi dan realiti.

1. Berhasrat untuk membintangi filem Spider-Man

10 Fakta Pelik Mengenai Micheal Jackson Yang Anda Tidak Tahu

Pencipta superhero telah mendedahkan Michael Jackson pernah merancang untuk membintangi filem Spider-Man baru sebelum kematiannya. Jackson merancang untuk membeli penerbit komik Marvel bersama Stan Lee pada akhir 90-an, tetapi perjanjian itu gagal dilaksanakan. Legenda Marvel, Stan Lee berkata Raja Pop itu telah membincangkan rancangannya untuk menghasilkan filem itu dan percaya dia mahu memainkan sendiri karakter pelontar sarang labah-labah itu. Jacko adalah peminat seumur hidup Spidey dan wira-wira buku komik yang lain.

Pada bulan Februari, dia melelong patung-patung bersaiz sebenar Batman, Spider-Man dan Superman dari koleksi peribadinya bersama-sama dengan cetakan bertandatangan yang satu seumpamanya. Koleksinya juga termasuk kostum Batman getah yang disesuaikan dengan replika saiz sebenar dirinya sendiri. Filem Jackson yang paling memberikan impak setelah terjun dalam bidang perfileman ialah filem yang gagal mendapat sambutan, Moonwalker pada tahun 1988 yang dibintangi dirinya bersama pelakon Goodfellas, Joe Pesci.

2. Sepatutnya berada di WTC semasa tragedi 9/11

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Abang Michael Jackson, Jermaine mendedahkan bahawa penyanyi itu sepatutnya berada di World Trade Center (WTC) pada 9/11 tetapi nyawanya terselamat kerana terlebih tidur. Jackson telah meletakkan jam tangan di peti besi tetapi tertidur selepas berbual dengan ibunya, Katherine pada lewat malam. Jermaine berkata bahawa mereka mendapati dia sepatutnya berada di sana ketika ibu memanggil pihak hotel penginapannya untuk memastikan dia selamat.

Jackson berkata, "Saya selamat. Terima kasih kepada awak, saya berjaga sehingga pukul 3 pagi". Terdapat juga konspirasi mengatakan bahawa Jackson sudah mengetahui tragedi 9/11 bakal berlaku berdasarkan kulit albumnya berjudul 'Blood On The Dance Floor' (1997) dan poster sebuah konsert peribadi anjuran Pepsi di Madison Square Garden (1988) yang menyimpan petanda menyeramkan tentang salah satu serangan pengganas terdasyhat abad ini.

3. Memiliki penyakit vitiligo dan berkahwin dengan jururawatnya sendiri

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Sepanjang masa mudanya, Michael Jackson mempunyai kulit yang berwarna coklat sederhana seperti orang Afrika-Amerika. Tetapi pada tahun 1980-an, kulitnya menjadi terang dengan ketara. Jackson mendakwa dia mempunyai kondisi yang disebut 'vitiligo'. Beberapa tahun kemudian, laporan bedah siasatnya mengesahkan dakwaan itu.

Vitiligo adalah kelainan kulit yang jarang berlaku menyebabkan sel penghasil melanin menjadi rosak dan gagal. Michael sangat rapat dengan doktor kulitnya, Dr. Arnold Klein. Dia juga berkahwin dengan jururawatnya, Debbie Rowe yang kemudiannya mempunyai anak bersama Michael iaitu Michael jr. Dan Paris. Pasangan itu bercerai pada tahun 1999. Rowe baru-baru ini mengumumkan pertunangannya dengan rakan Jackson, Marc Schaffel yang merupakan seorang penerbit filem dewasa.

4. Berkepala 'botak' dan memakai rambut palsu

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Semasa menjalani penggambaran iklan komersial Pepsi yang disimulasikan untuk kelihatan seperti sebuah konsert secara langsung, Michael terbakar dalam sebuah kemalangan melibatkan persembahan bunga api. Semasa percubaan keenam komersial tersebut, sebuah letupan berlaku terlalu awal mengakibatkan rambut Michael terbakar. Selama beberapa ketika, dia terus menari tanpa menyedari apa yang telah berlaku.

Barisan pelakon dan ahli kru dengan cepat mengepungnya dan memadamkan api tetapi pada masa itu, kerosakan telah berlaku. Dia mengalami kebakaran tahap dua dan tiga pada muka dan kulit kepalanya. Untuk mengatasinya, dia mentatukan garis rambutnya secara kekal hingga ke dahinya dan memakai rambut palsu yang dilekatkan pada rambut yang autopsinya menggelarkan sebagai 'sedikit dan bertaburan' Rakaman insiden itu disimpan selama 25 tahun tetapi telah dibocorkan oleh Us Weekly pada tahun 2009, satu tindakan yang dikutuk hebat oleh Pepsi.

5. Pepsi titik permulaan ketagihan membuat pembedahan plastik

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Ternyata, insiden penggambaran komersial Pepsi itu mempunyai kesan yang meluas selain membakar rambut Michael. Operasi yang melelahkan terpaksa dilaluinya selepas itu dikatakan telah menimbulkan kecanduannya terhadap ubat penahan sakit dan obsesi dengan pembedahan plastik. Dalam autobiografinya berjudul 'Moonwalk' pada tahun 1988, Michael mengakui dua rhinoplastik seolah-olah untuk membantu dia bernafas dengan lebih baik dan membuat lekuk di dagunya. Dia memberikan bermacam-macam sebab atas perbezaan lain dalam penampilannya seperti akil baligh, diet vegetarian, teknik solekan pentas dan pencahayaan, tetapi dia jelas menjalani prosedur yang banyak.

Doktor telah mencadangkan bahawa Jackson mengalami gangguan dismorfik tubuh badan. Adalah dipercayai bahawa dia menjalani pembedahan untuk meningkatkan tulang pipi, mengubah bibir dan mengangkat dahi, selain pembedahan hidung yang banyak. Turut dilaporkan bahawa bapanya, Joe pernah menghina Michael ketika kanak-kanak dengan memanggilnya dengan gelaran 'si hidung besar' yang mungkin mencetuskan lagi masalah ketagihannya itu.

6. Pelan rahsia untuk dilarikan ke Bahrain

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Jermaine juga mendedahkan sebuah rancangan telah dibuat untuk menerbangkan Raja Pop itu secara senyap ke Bahrain jika dia didapati bersalah atas tuduhan mencabul kanak-kanak. Sebuah jet peribadi yang dibiayai oleh rakannya bersedia untuk mengusir bintang pop terkemuka itu ke negeri Teluk Parsi, yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan AS, jika Michael disabitkan pada akhir kes mahkamah pada tahun 2005. Namun, Michael Jackson tidak mengetahui tentang plot melarikan diri itu. Dalam temubual dengan The Times Magazine, Jermaine berkata: "Jika mereka akan duduk dan membunuh adik saya kerana sesuatu yang dia tidak lakukan, Amerika sepatutnya melayakkan kami untuk tidak kembali ke sini.

Pada penghujungnya, ini sepatutnya menjadi tanah keberanian, rumah kebebasan, demokrasi dan kebebasan bersuara. Cara mereka melayannya, tiada satu daripada itu yang wujud. Mengapa dia harus dipenjara kerana sesuatu yang tidak dilakukannya?". Jermaine berkata adiknya itu mungkin akan bersetuju untuk melarikan diri dari Amerika dengan pantas kerana dia tidak dapat bertahan hidup di penjara. Michael Jackson dituduh mencabul Gavin Arvizo yang berusia 13 tahun, berkomplot untuk menculik dia dan keluarganya dan memberinya alkohol, namun didapati tidak bersalah atas semua tuduhan tersebut selepas perbicaraan selama empat bulan.

7. Hubungan luar biasa dengan seekor cimpanzi

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Jackson membeli seekor cimpanzi, Bubbles ketika ianya masih bayi dari kemudahan penyelidikan primat di Texas pada awal tahun 1980-an. Selama bertahun-tahun, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan, Bubbles mendukungi pinggul Michael seperti seorang bayi pada pelbagai penampilan awam dan acara. Akhbar juga mempunyai 'hari lapangan' dengan hubungan ini, sering mengimpikan cerita tabloid aneh tentang Bubbles seperti pemiliknya. Bubbles makan di meja makan dengan Jackson, tidur di katil dan belajar menggunakan tandas. Bahkan, Michael juga mengajarnya tarian 'moonwalk'.

Sebahagian daripada cimpanzi-cimpanzi Michael yang lain kurang berkelakuan baik, termasuk Max yang akan menanggalkan lampin kotornya sebelum menaiki katil. Walaubagaimanapun, setelah Bubbles semakin besar dan melewati zaman akil baligh, dia mula menjadi semakin kuat dan agresif. Takut jika anak lelakinya diserang, Michael terpaksa menyerahkan Bubbles ke sebuah tempat perlindungan. Pada tahun 2003, kisah aneh muncul bahawa Bubbles cuba membunuh diri dan terpaksa dibawa ke hospital. Hari ini, Bubbles, berada dalam usia 30-an dan tinggal di Center for Great Apes di Florida. Menurut penjaga beliau, dia menghabiskan masanya dengan melukis, mendengar muzik seruling dan melepak dengan rakannya Sam, seekor cimpanzi yang lebih tua.

8. Robot gergasi dirinya yang tidak kesampaian

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Sebelum siri konsert 'This Is It' yang menemui kegagalan, Michael Jackson telah merancang kemunculan semula di Las Vegas secara besar-besaran pada tahun 2005. Ia tidak akan menjadi hambar dan ulang tayang klasik yang membosankan, sebaliknya Michael mempunyai visi besar termasuk kostum bertenaga solar yang akan bertukar warna dengan lampu pentas. Pertunjukan ini akan dipromosikan oleh versi robot Michael yang gah dan bertinggian 15 meter (50 kaki) yang akan berkeliaran melalui padang pasir Nevada dalam pemandangan lapangan terbang McCarran.

Apabila ini tidak terbukti dapat dilaksanakan, rancangan lain telah dibina untuk membina sebuah hotel dan kasino bertemakan Michael Jackson yang akan menampilkan android yang meletupkan laser di pintu masuk. Malangnya, ketika itu dia masih baru dibayangi dengan perbicaraan atas tuduhan mencabul kanak-kanak dan pesonanya telah jatuh dengan ketara. Walaupun bertemu dengan orang kenamaan kasino yang berkuasa tinggi seperti Steve Wynn, dia gagal memperoleh pembiayaan yang diperlukan untuk usaha yang bercita-cita tinggi ini. Robot itu berakhir sebagai sebuah fantasi yang Michael bawa ke kuburnya.

9. Namanya diabadikan kepada seekor ketam

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Dalam sebuah kertas kerja baru, sebuah pasukan saintis antarabangsa mengumumkan penemuan sebuah keluarga baru ketam pertapa prasejarah dan membuat penghormatan aneh kepada Michael Jackson pada masa yang sama. Kertas kerja ini yang diterbitkan pada tahun 2012 dalam jurnal Jerman, Neues Jahrbuch für Geologie und Paläontologie merujuk kepada penemuan spesies pertama yang diketahui dalam keluarga tersebut. Namanya ialah Mesoparapylocheles michaeljacksoni. Tidak, ketam ini tidak menari atau bertukar warna dari semasa ke semasa, nama itu adalah hasil sebuah kebetulan.

Spesimen itu telah dikenal pasti pada 25 Jun 2009 dan para penyelidik berkenaan kemudiaannya berada di sebuah restoran pada hari itu apabila mereka melihat di televisyen bahawa Raja Pop telah meninggal dunia. "Muzik Michael Jackson tidak dinafikan akan 'hidup' pada masa yang lama dan mempengaruhi ramai orang, jadi saya fikir nama itu sesuai," kata pengarang bersama Adiël Klompmaker, seorang calon Ph.D. dalam Jabatan Geologi di Kent State. Ketam yang tinggal di Sepanyol Utara sekitar 100 juta tahun yang lalu itu merupakan penemuan yang mengejutkan. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kent State, fosil ketam pertapa seperti yang ditemui pasukan itu adalah lebih jarang ditemui daripada ketam sebenar.

10. Twitter, Wikipedia dan AOL IM lumpuh pada hari kematiannya

10 Perkara Pelik Tentang Micheal Jackson Yang Ramai Tak Tahu

Berita kematian Jackson tersebar dengan cepat dalam talian, menyebabkan seluruh laman web menjadi lembab dan lumpuh dari bebanan pengguna. TMZ dan Los Angeles Times mengalami kerosakan. Google pada mulanya percaya bahawa berjuta-juta permintaan carian bermakna enjin carian mereka berada di bawah serangan DDoS, dan menyekat pencarian berkaitan dengan Michael Jackson selama 30 minit. Twitter melaporkan kelumpuhan, sama juga dengan Wikipedia pukul 3:15 petang.

Yayasan Wikimedia melaporkan hampir satu juta pelawat ke biografi Jackson dalam masa satu jam, barangkali pengunjung paling banyak dalam tempoh satu jam untuk mana-mana artikel dalam sejarah Wikipedia. AOL Instant Messenger 'runtuh' selama 40 minit. AOL memanggilnya sebagai masa seminalis dalam sejarah internet yang mereka tidak pernah melihat apa-apa seperti itu dari segi skop atau kedalaman. Sekitar 15% daripada kemaskini Twitter (5,000 tweet setiap minit) menyebut nama Jackson selepas berita itu tersebar, berbanding dengan 5% yang dipanggil semula sebagai menyebut pilihan raya Iran atau wabak selesema yang telah menjadi berita utama pada awal tahun. Secara keseluruhan, trafik web adalah dari 11% hingga sekurang-kurangnya 20% lebih tinggi daripada biasa. MTV dan BET menyiarkan marathon video muzik Jackson.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.