Header Ads

Konspirasi HIV/AIDS: Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual

Benarkah HIV/AIDS sebenarnya adalah ciptaan Amerika Syarikat untuk menghapuskan orang kulit hitam dan golongan homoseksual? Ikuti pendedahannya yang kami kongsikan menerusi iluminasi.com.

Satu lagi fenomena dunia yang berlaku dan telah memberikan kesan yang sangat buruk kepada populasi manusia, iaitu serangan HIV/AIDS. HIV/AIDS merupakan salah satu penyakit paling berbahaya di atas muka bumi.

HIV/AIDS Sebenarnya Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual

Biasalah, bila terjadi sesuatu fenomena, akan ada teori konspirasi dan dakwaan mengenainya. Dakwaan paling kuat adalah HIV/AIDS merupakan ciptaan kerajaan Amerika Syarikat (oleh CIA - Central Intelligence Agency).

Konspirasi HIV/AIDS: Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual

Teori konspirasi ini menyatakan bahawa virus ini sengaja dicipta dengan tujuan untuk melakukan pembunuhan bagi menghapuskan golongan kulit hitam dan juga golongan homoseksual. Terdapat juga beberapa dakwaan lain yang mengatakan bahawa virus ini terhasil akibat kemalangan di dalam makmal, kekurangan zat makanan, dan juga kehendak ilahi.

Namun, kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dibuktikan sehingga kini.

Menurut WHO (World Health Organization), pada tahun 2015 sahaja sebanyak 1.1 juta nyawa dilaporkan telah terkorban akibat penyakit yang berkaitan dengan HIV. 

Teori Konspirasi #1 : Penglibatan kerajaan Amerika Syarikat

Konspirasi HIV/AIDS: Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual

Dakwaan dan kepercayaan ini bermula pada awal penyebaran wabak ini. Dalam sebuah risalah diterbitkan pada tahun 1986 oleh ahli biologi Jerman Timur, Jakob Segal, iaitu "AIDS: USA Home-Made Evil." menjelaskan bahawa penyakit ini dihasilkan di lab makmal ketenteraan Amerika Syarikat, iaitu Fort Detrick. Penyakit ini dihasilkan dengan mengsintesis HTLV-1 (retrovirus yang menyebabkan leukemia sel-T) dengan Visna (virus kambing biri-biri). 

Virus maut itu kemudiannya disuntik kepada banduan penjara yang kemudiannya merebak kepada banduan-banduan lain.

HIV/AIDS Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual
Dr. Boyd Graves menunjukkan carta aliran AIDS

Dr. Boyd Graves, seorang aktivis AIDS juga mempunyai pendapat yang sama di mana beliau mengeluarkan kenyataan bahawa saintis yang bekerja untuk Program Virus Khas Amerika Syarikat telah mengubah virus Visna untuk menghasilkan HIV pada tahun 1970.

Dengan bantuan oleh syarikat ubatan, Merck, kerajaan AS kemudiannya menambahkan virus tersebut ke dalam vaksin hepatitis B yang masih dalam eksperimen, dan diberikan kepada golongan homoseksual dan orang kulit hitam di San Fransisco dan New York.

Seorang lagi doktor, iaitu Dr. Gary Glum, mendakwa bahawa saintis di makmal Cold Spring Harbor, New York bertanggungjawab menghasilkan HIV. Menurutnya lagi, virus ini kemudiannya di sebarkan secara senyap-senyap oleh WHO ketika dalam program pembasmian cacar (smallpox).

Dr. Gary percaya bahawa virus ini dihasilkan bertujuan menghapuskan, atau sekurang-kurangnya mengawal populasi orang kulit hitam.

Teori Konspirasi #2 : Kemalangan di makmal

HIV/AIDS Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual

Dalam sebuah buku yang ditulis pada tahun 1999, oleh seorang wartawan British, Edward Hooper, yang bertajuk "The River", beliau memberitahu bahawa virus ini terhasil akibat kemalangan di sebuah makmal. Kemalangan itu dikatakan berlaku ketika Dr. Hillary Koprowski dari Wistar Research Institute mahu menghasilkan vaksin polio, dengan menggunakan buah pinggang cimpanzi.

Cimpanzi tersebut sebelum itu telah dijangkiti dengan virus SIV (Simian Immunodeficiency Virus - sama seperti AIDS tapi bagi kalangan monyet). Kemudiannya ia disebarkan melalui program pemvaksinan besar-besaran yang masih dalam eksperimen, di Belgian Congo (kini dikenali sebagai Republik Demokratik Kongo).

HIV/AIDS Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual
Profesor William Hamilton

Dakwaan ini telah disokong oleh William Hamilton, seorang profesor penyelidikan di Universiti Oxford.

Teori Konspirasi #3 : AIDS disebabkan oleh kekurangan zat

HIV/AIDS Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual

Ini antara teori konspirasi yang popular mengenai AIDS, iaitu ia tidak disebabkan oleh virus. Seorang profesor Biologi di Universiti California-Berkeley, Peter Duesberg, telah menyangkal kenyataan bahawa ia terhasil melalui ubatan dan pergaulan, sebaliknya disebabkan oleh kekurangan zat makanan di Afrika.

Teori dan hipotesis oleh Peter Duesberg ini telah disokong sendiri oleh President Afrika Selatan ketika itu, Thabo Mbeki. Menteri Kesihatan Afrika Selatan, telah mengesyorkan supaya AIDS tidak dirawat menggunakan ubat-ubatan, sebaliknya menggunakan makanan seperti bawang putih.

Kajian mengenai kepercayaan terhadap teori konspirasi AIDS

HIV/AIDS Ciptaan Amerika Syarikat Untuk Hapuskan Orang Kulit Hitam Dan Homoseksual

Survey oleh E.A.Klonoff dan H. Landrine pada tahun 1999, yang dilakukan terhadap orang Afrika Amerika di California mendapati bahawa 27% daripada mereka menyokong bahawa HIV/AIDS adalah virus yang dihasilkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membunuh dan menghapuskan orang kulit hitam, manakala 23% daripada mereka mengatakan tidak pasti.

Pada tahun 2005, L.M Bogart dan S. Thorburn menjalankan survey melalui panggilan telefon secara rambang kepada orang Afrika Amerika yang tinggal di negara jiran Amerika Syarikat (Canada dan Mexico) menggunakan skala Likert (1 untuk sangat tak setuju dan 5 untuk sangat setuju). Lebih daripada 20% lelaki dan 12% wanita sangat bersetuju, dan 30% lelaki dan 24% wanita setuju, bahawa "AIDS adalah satu bentuk pembunuhan beramai-ramai terhadap orang kulit hitam".

Konklusi

Seperti teori konspirasi mengenai kejadian dan fenomena yang lain, tiada siapa pun yang tahu mana satu kebenaranya. Jika ia benar-benar dicipta untuk menghapuskan golongan-golongan tertentu, hanya mereka yang menghasilkannya sahaja yang tahu. Artikel ini ditulis untuk memberikan idea dan membuka minda, bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.