Header Ads

Loading...

PESAKIT MENTAL BOLEH DI DAKWA BERSALAH WALAUPUN ADA KAD OKU

Loading...
"Kalau dah tahu mental, masukkan je la ke Tanjung Rambutan," demikian kata netizen mengulas kes seorang lelaki didakwa mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas stesen minyak di Machang, Kelantan.

Tidak kurang juga netizen yang berpendapat bahawa pesakit mental hanya mengalami masalah mental sahaja, namun nafsunya tidak.

Sebelum ini ahli keluarga suspek telah tampil dan menjelaskan tentang keadaan suspek yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Mental. Dalam penjelasan itu juga menyatakan, bukan semudah ABC untuk menempatkan suspek di wad mental kerana memerlukan sebab yang tertentu. Malangnya, netizen seperti tidak dapat menerima penjelasan itu, lalu terus menerus menyalahkan keluarga suspek.

Berikutan itu, seorang doktor tampil memberikan penjelasan berhubung prosedur masuk ke wad mental. Semoga penjelasan dari Doktor Muhammad Rahmat ini memuaskan hati netizen.

PESAKIT MENTAL BOLEH DI DAKWA BERSALAH WALAUPUN ADA KAD OKU

KES INI UNIK dan jarang orang awam tahu apa prosedurnya. Jadi saya tolong jelaskan. Pesakit mental boleh dimasukkan ke dalam wad mental dalam tiga keadaan dan semua ini mempunyai akta sendiri. 

1. KERELAAN DIRI

Biasanya pesakit stabil dan waras tetapi memohon untuk dimasukkan ke wad atas beberapa sebab. 

2. ATAS KEHENDAK KELUARGA

Boleh memohon dengan doktor yang memasukkan pesakit mental ke dalam wad jika keadaannya tidak terkawal di rumah. Dengan kata lain, tak stabil. 

3. ARAHAN POLIS

Pihak keluarga atau orang awam membuat laporan polis terhadap pesakit mental kerana menimbulkan kekacauan. 

SOALAN: Adakah pesakit mental tidak boleh didakwa jika melakukan jenayah? 

Jawapannya ialah, BOLEH . Kad sakit mental bukan 'lesen' untuk melakukan jenayah. Tetapi pihak polis dan mahkamah hendaklah memastikan pesakit tersebut dalam keadaan waras ketika melakukan jenayah. 

Jadi, bagaimana? 

Hakim akan mengeluarkan arahan supaya pesakit akan dihantar ke Unit Forensik Psikiatri. Untuk kes ini, mungkin ke Tanjung Rambutan, Perak. 

Doktor pakar akan membuat pemerhatian di sana dan dikawal dengan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam sehingga pihak doktor berpuas hati. Kemudian doktor akan mengeluarkan laporan keadaan mental pesakit dan diserahkan kepada pihak hakim sama ada pesakit layak dibicarakan atau tidak. 

Jika layak, dia akan didakwa. Jika sebaliknya, dia akan ditahan di wad mental sehinggalah layak dibicarakan. 

Sekian pendapat saya. Harap anda semua faham. 

Doktor Muhammad Rahmat
Doktor di Bahagian Psikiatri

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.