Header Ads

Loading...

SITI SALEHA ELAK SEBARANG TAJAAN KAHWIN KERANA....

SITI SALEHA ELAK SEBARANG TAJAAN KAHWIN KERANA....

Pelakon Siti Saleha mengakui mahu mengelak menerima sebarang tajaan perkahwinan daripada mana-mana pihak.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana ingin melangsungkan majlis tersebut dengan menggunakan duit hasil titik peluh sendiri.

“Alhamdulillah segala persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan.

“Mengenai tajaan, sebolehnya saya ingin menggunakan duit hasil usaha saya dan bakal suami sendiri untuk melangsungkan perkahwinan yang akan berlangsung pada 28 Julai ini.

“Saya cuma menerima tajaan dari segi barangan hantaran dan selebihnya saya mahu melakukannya sendiri dengan pertolongan ahli keluarga yang lain.

“Buat masa sekarang saya mengambil pendekatan untuk lebih santai dan tenang kerana tidak mahu berasa terlalu tertekan apabila sibuk memikirkan mengenai majlis yang akan berlangsung,” katanya kepada Astro Gempak.

Saleha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Memori Pajeri Nanas, di GSC Signature @ The Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bercerita mengenai filem Memori Pajeri Nenas, Saleha berkata, dia tertarik dengan jalan cerita yang berbeza dari lakonannya sebelum ini dan bersyukur kerana digandingkan dengan Alif Satar dan Siti Saleha.

“Jalan cerita dalam filem ini sangat berbeza kerana apa yang cuba disampaikan oleh pengarah dekat dengan kehidupan masyarakat kita dan ia juga menunjukan bagaimana cara memikat hati pasangan dengan masakan.,” ujarnya.

Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 20 Julai (hari ini).
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.