Header Ads

Loading...

Tuan Rumah Terpaksa Masak Lauk Sendiri, Katering Muncul Selepas Majlis Kahwin Selesai

'Katering Jahanam' Muncul Selepas Majlis Kahwin Selesai, Tuan Rumah Masak Lauk Sendiri

Setiap majlis perkahwinan mestilah kita nak adakan yang sempurna kan. Dari segi pengantinnya, pakaiannya, jamu tetamu, makanan. Tapi kita hanya merancang kan. Sebaik macamana pun rancangan yang dah diaturkan, akan ada kesilapan yang datang kalau bukan dari kita, datang dari pihak lain.

Tular di media sosial apabila satu perkongsian yang dimuat naik oleh orang berpengaruh di Melaka, di mana pihak katering tidak hantar makanan pada majlis perkahwinan anak saudaranya di Klang. 

Tuan Rumah Terpaksa Masak Lauk Sendiri, Katering Muncul Selepas Majlis Kahwin Selesai

Tindakan tidak bertanggungjawab dan cuai pihak tersebut membuatkan tuan rumah terpaksa memasak lauk sendiri dan sempat menyiapkan dua lauk dan selebihnya di beli dalam keadaan yang kelam kabut.

Menurut apa yang ditulis Latipah Omar, ketika majlis berlangsung, pihak katering masih tidak munculkan diri hingga tetamu yang lain dijamu dengan masakan mereka sendiri. Pihak katering hanya muncul selepas majlis selesai, pihak tetamu telah pun balik, dan khemah sudah dikemas.

"Inilah lauk untuk tetamu yang dibeli kat kedai mamak!"

Katering Muncul Selepas Majlis Kahwin Selesai

 “Jam 4.10 petang, majlis dah habis. Makanan baru sampai. Pergi baliklah”

Katering Muncul Selepas Majlis Kahwin Selesai

"Telefon nangis-nangis, kita nangis semalam dia tak tau!"

Katering Muncul Selepas Majlis Kahwin Selesai

Demikian suasana majlis yang telah pun selesai dan ketika ini, barulah pihak katering muncul.

Dikatakan, pihak katering telah pun minta maaf kepada keluarga pengantin.

Hmm.. Kesian keluarga pengantin, hari bahagia bertukar menjadi hari yang mengerikan. Berhati-hati lah kalau nak tempah catering selepas ni.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.