Header Ads

Loading...

Zed Zaidi Beri Amaran Pada Aliff Aziz (Video)

Zed Zaidi 'Warning' Aliff Aziz

Boleh tahan beremosi juga Zed Zaidi memberi pandangan mengenai isu Aliff Aziz yang hangat diperkatakan baru baru ini. Walaubagaimanapun, Zed selaku Presiden Seniman itu juga dalam masa yang sama masih menghormati pelakon berkenaan.

“Dari sudut pandangan saya, bagi saya, Aliff, lu memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki patut kita menghormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yagn memang sentiasa di belakang kita”

“Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” antara kata-katanya kepada Rotikaya.

Selain itu, Zed turut mengaitkan beberapa lagi kes melibatkan artis luar yang datang ke Malaysia sebelum ini dan menegaskan mengapa dia ingin menghalang kebanjiran artis luar negara di Malaysia. 
Namun kata Zed, jika ingin bawa artis luar datang ke Malaysia, biarlah yang berkualiti dan membantu industri tanah air terutamanya dari sudut cukai.

Di penghujung video, Zed sempat menyuarakan lagi pendapatnya sendiri berkenaan isu tersebut selain menegaskan supaya Aliff Aziz tidak mengulangi perkara yang sama buat kali kedua.

Zed Zaidi Beri Amaran Pada Aliff Aziz

“Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku buat complain dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah”

“Jadi, masa ni aku masih respect. Jadi jaga perangai kau. Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” tegasnya menutup bicara.

Jika anda mempunyai banyak masa, bolehlah tonton video pendek di bawah untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh Zed Zaidi.

Tonton video Zed Zaidi 'Warning' Aliff Aziz di bawah.

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.