Header Ads

Loading...

5 Lakonan Watak Pelacur Yang Paling Terkesan Oleh Rakyat Malaysia

Bagi menjadi seorang pelakon yang hebat untuk memberikan kesan terbaik, sebaik-baiknya artis tersebut haruslah variasi maksudnya boleh memainkan berbagai watak  untuk bergelar seorang aktres yang berkebolehan dan versatile.

Seperti pelakon-pelakon wanita ini, mereka amat dikenali dengan watak-watak yang bukan tipikal. Contohnya watak pelacur sememangnya sangat berat dan agak memalu dan menakutkan, namun mereka semua ini mampu menjiwai watak tersebut sehingga terkesan di hati penonton.

Menerusi Hangat.com, kami kongsikan kepada anda semua 5 pelakon yang pernah memegang watak pelacur yang paling 'menjadi'.

1. Fathia Latiff ( DARAH PANAS – 2015 )

5 Pelakon Yang Memegang Watak Pelacur Yang Paling 'Menjadi'

Siapa tak kenal dengan pelakon muda ini yang semakin meningkat naik ini pernah memegang watak sebagai pelacur dalam filem berjudul Darah Panas arahan Arjin Uppal. Keberanian dan kebolehan Fathia melakonkan watak pelacur bernama Syahana itu menggemparkan industri perfileman Melayu suatu ketika dahulu, namun aksi ghairah itu hanyalah ‘camera trick’ sedangkan Fathia masih berpakaian rona ‘nude’ ketika di set.


2. Sharifah Armani ( REDEMPTION NIGHT – 2012 )

5 Pelakon Yang Memegang Watak Pelacur Yang Paling 'Menjadi'

Lagi satu pelakon yang versatile iaitu Sharifah Armani atau lebih mesra dipanggil Nani membintangi dalam filem Redemption Night rentetan daripada sebuah projek filem terakhir arwah Yasmin Ahmad. Watak yang dipegang oleh anak kepada guru seni lakon, Fatimah Abu Bakar itu sangat mencabar sebab dia memegang watak sebagai pelacur di dalam filem tersebut.


3. Lana Nordin ( CHOW KIT -2012 ) 

5 Lakonan Watak Pelacur Yang Paling Terkesan Oleh Rakyat Malaysia

Filem Chow Kit merupakan sebuah filem aksi Malaysia pada tahun 2012 yang diarahkan oleh Rosihan Zain dan Brandon Lee terbitan Grand Brilliance, ia turut dibintangi oleh Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Airis Yasmin, Lana Nordin dan Nam Ron, filem yang ditayangkan pada 3 Mei 2012 ini berdasarkan daripada kisah benar tentang sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di lorong Chow Kit.

Lana Nordin memegang watak sebagai pelacur yang tinggal di lorong Chow Kit bersama seorang adiknya. Dalam filem tersebut, watak yang dibawa oleh Lana Nordin sememangnya nampak ‘real’ dan dia sangat baik dalam menjiwai watak tersebut.


4. Maya Karin ( OMBAK RINDU- 2011 )

5 Lakonan Watak Pelacur Yang Paling Terkesan Oleh Rakyat Malaysia

Siapa yang tak kenal dan tak tengok dengan  Filem lagend Ombak Rindu yang telah mencetuskan fenomena dalam dunia perfileman Malaysia. Pelakon utama iaitu Maya Karin yang memegang watak sebagai Izah dalam filem tersebut sangat memberi impak dalam keseluruhan filem ini. Sinopsisnya Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur.

Seorang pemuda, Hariz (Aaron Aziz) anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. 

Yang pastinya watak yang telah dimainkan oleh Maya Karin sangat berkesan sewaktu bergelar pelacur dalam filem itu. Manakan tidak, begitu banyak video parody meniru babak yang dilakonkan oleh Maya Karin.


5. Nasha Aziz ( 1998 ) Nasha Aziz 

5 Lakonan Watak Pelacur Yang Paling Terkesan Oleh Rakyat Malaysia

Bagi pelakon senior ini pula, dia memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989, dia bermula apabila diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina masuk dalam industri filem Malaysia. Nasha terus mengembangkan lagi namanya sebagai peragawati yang terkenal tanah air hingga ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat. Namun, kerana keterbatasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk menetap di Malaysia dan meneruskan bidang peragaan selain menceburi bidang lakonan.

Pada 1998 Nasha menerima tawaran daripada pengarah Yusof Haslam untuk memegang watak Effa dalam filem Bara setelah aktres Erra Fazira menolak tawaran tersebut atas sebab peribadi.

Filem tersebut nyata memberi tuah dan bantu loncatan kepada Nasha apabila telah dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik serta menggondol anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi watak pelacur dalam filem tersebut yang sesuatu ketika memberi impak kepada penonton.

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.