Header Ads

Loading...

6 Artis Malaysia Ini Selalu Kena Kecam Gara-Gara Mulut 'Laser'

Mulut Terlalu 'Laser', 6 Selebriti Malaysia Ini Sering Diserang 'Haters'

Selebriti-selebriti ini sering menarik perhatian khalayak terutama ketika menjadi juri program realiti popular. Cara mereka mengkritik mengikut cara dan pandangan sendiri tanpa dipengaruhi orang lain mahupun pandangan peminat di belakangnya.

Ketika dia memberi komen, netizen akan tidak berpuas hati dan ini boleh membuatkan selebriti ini terpengaruh dengan ejekan netizen. Namun kami berpendapat walaupun mereka dikatakan mulut laser, nama mereka terus terpahat di persada hiburan tempatan. ‘Haters’ sentiasa tak senang duduk kalau ada selebriti yang mulut laser. Bak kata Michael Ang yang dipetik dalam laporan BH online,

“Apabila orang mula kenal, biasalah pasti akan ada yang membenci (haters). ‘Haters’ yang akan buat seseorang itu jadi popular dan terkenal,”

Dalam dunia hiburan, kita memerlukan individu seperti supaya mida orang dapat dibuka seluas-luasnya. Menerusi Hangat.com, Kami kongsikan 6 orang selebriti pilihan yang dikatakan bermulut laser sehinggakan terkenal kerana kritikannya.

1. Michael Ang 

6 Artis Malaysia Ini Selalu Kena Kecam Gara-Gara Mulut 'Laser'

Bagi yang mengenali Michael Ang, pengarah berbangsa Cina yang kini bergelar selebriti itu memang cukup dikenali dengan mulut lantang, gemar berseloroh dan cakap lepas. “Laser’nya boleh tahan celupar.  Pengarah popular ini aktif di media sosial dan apa yang dia cuba kongsikan akan mendapat reaksi negatif dari netizen. Namun siapa peduli?


A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

2. Datuk Redzuawan Ismail – Chef Wan

6 Artis Malaysia Yang Paling 'Laser'

Memang dah kenal sangat dengan mulut lantang chef selebriti terkenal dunia, iaitu Chef Wan.  Mulut ‘laser’ Chef Wan memang pedih untuk ditelan, tapi kebanyakkan luahan hati Chef Wan memang ada isinya.

Sebelum ini, Chef Wan pernah lantang bersuara kutuk cara pengiklan Datuk Vida agak keterlaluan. Setelah lama berdiam diri, kini Chef Wan kembali bersuara mengutuk chef selebriti yang semakin banyak kat Malaysia, yang lahir dari program realiti TV. Apa salahnya bagi teguran kan?


3. Azwan Ali

6 Artis Malaysia Yang Paling 'Laser'

Sebut sahaja nama pelakon dan pengacara, Azwan Ali pasti ramai yang sudah mengenali beliau dengan sikap yang tidak pernah gentar dengan sesiapa sahaja yang mengkritik apa jua yang dilakukan olehnya.

Ada juga sesetengah netizen yang memuji sikap lantang bersuara yang ditunjukkan oleh Azwan Ali kerana dianggap beliau seperti mempertahankan maruah dirinya. Selain menyelar tindakan seorang penerbit drama yang dikatakan mengeluarkan drama seperti sampah sarap, dia turut menegur beberapa artis tempatan sehingga dia pernah berkali-kali di saman. Azwan tetap terus menegur dan mengkritik. Nak saman? Who Cares?


4. Aliff Syukri

6 Artis Malaysia Yang Paling 'Laser'

Kita sedia maklum dengan telatah selamba jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri. Ada sahaja perlakuannya yang menarik perhatian ramai. Masih ingat kisah bawa bekalan yang dibawa Aliff ke hotel luar negara untuk dimasak di sana? Sehinggakan ditegur oleh Chef Wan kerana menjatuhkan imej seorang rakyat Malaysia.

Tak apalah korang kutuk, kutuk lah aku nak makan di manapun. Yang penting aku pakai cincin berlian empat karat, aku pakai jam Rolex baru beli ni. Kutuk, kutuk, tak apa, kutuk lagi selagi mampu. Korang yang kutuk, kutuk tu ada tak jam Rolexnya? Tak ada, kan? Jahatlah (saya ni), gurau saja.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Aliff gemar menyindir secara sinis netizen yang sering mengecamnya. Sambil berkata dalam nada bergurau, Alif sempat mempamerkan jam tangan berjenama Rolex yang baru dibeli serta cincin berlian empat karat.


5. Adlin Aman Ramli

6 Artis Malaysia Yang Paling 'Laser'

Gara-gara ‘mulut laser’ Adlin Aman Ramli, pengkritik tetap yang sering muncul di dalam rancangan realiti TV menjadi popular. Adlin sering menarik perhatian khalayak terutama ketika menjadi juri Akademi Fantasia (AF). Kami merasakan Adlin  memang bersikap jujur meluahkan pandangan secara tulus. Bagaimanapun, dia masih boleh menerima kritikan orang lain dan berhati baik.

A post shared by Adlin Aman Ramlie (@adlinamanramlie) on

Penyanyi lagenda Rock, Saleem antara mangsa di’laser’ oleh Adlin. Adlin seperti biasa melalui kritikan pedasnya membuatkan Saleem terguris apabila berkata kepada salah seorang peserta AF4, “Nak jadi penyanyi jangan hisap dadah, jangan hisap ganja”.”

Namun Adlin telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Saleem kerana keterlajuran dalam mengkritik.


6. Zed Zaidi

6 Artis Malaysia Yang Paling 'Laser'

Pengkiritik terbaru yang sering mencuri perhatian media pada masa ini. Sejak dia menerajui jawatan sebagai Presiden Seniman dia agak lantang bersuara sehingga dia digelar artis bermulut ‘laser’. Kami berpendapat, semua ini bertujuan bagi membela nasib artis tempatan, Zed Zaidi pernah digelar batu api kerana tindakannya mahu selebriti dari Singapura dilarang memasuki negara ini termasuk Najib Ali.

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil) on

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.