Header Ads

Loading...

Abang Tingkatan 4 Rogol Adik Sendiri Hingga Mengandung 7 Bulan

Loading...
Tergamak Abang 16 Tahun Rogol Adik Kandung Hingga Mengandung 7 Bulan

Beberapa hari ini netizen digemparkan oleh kisah seorang bapa yang didakwa merogol dan meliwat anak perempuannya sendiri sebanyak 600 kali. Apa nak jadi dengan zaman sekarang, kerana terlampau ikutkan nafsu darah daging sendiri turut menjadi mangsa. 

Terbaru, menurut laporan The Star, seorang remaja berusia 13 tahun menjadi mangsa nafsu serakah abang kandungnya sendiri yang hanya baru berusia 16 tahun. Perbuatan terkutuk abangnya itu dilakukan sejak Oktober tahun lalu. 

Namun, lebih malang tiada ahli keluarga mereka menyedari perbuatan abang kandungnya itu. Sehinggalah bapa mereka menyedari perubahan fizikal anaknya yang baru di tingkatan 1. Bapa kepada remaja tersebut yang berasa curiga membawa anak gadisnya itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Apa yang doktor temui sangat mengejutkan apabila doktor mengesahkan anak perempuannya telah mengandung tujuh bulan! Ibu bapa remaja perempuan tersebut kemudian mendesak anak mereka untuk memberitahu apa yang berlaku. 

Setelah didesak beberapa kali, akhirnya gadis tersebut telah mengaku perbuatan terkutuk abang sulungnya itu selama ini yang kerap menjadikan dirinya sebagai tempat untuk melepaskan nafsu. 

Gadis remaja itu mengakui telah dirogol lebih 10 kali ketika bapanya keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan. 

Kesal dan kecewa dengan tindakan anak sulung mereka itu, ibu bapa remaja berkenaan telah membuat laporan polis dan remaja lelaki tersebut di tahan pada Selasa lalu. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perlakuan sumbang mahram.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.