Header Ads

Ayda Jebat Perjelas Maksud Single Baru Yang Didakwa Berunsur Iluminati

Penjelasan Ayda Jebat Isu Iluminati Pada Lagu Single Baru Berjudul 'Mata'

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat menafikan lagu terbarunya yang berjudul Mata mempunyai kaitan dengan unsur iluminati.

Menerusi single terbaru yang dicipta oleh Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda sendiri, simbol mata digunakan sebagai logo untuk lagu tersebut mempunyai maksud tersendiri.

“Perkara tersebut merupakan idea saya sendiri. Mata merupakan anugerah berharga Tuhan dan jika diperhatikan dengan lebih mendalam, simbol tersebut merupakan cantuman beberapa nombor yang direka khas bagi membentuk imej sepasang mata.

Ayda Jebat Perjelas Maksud Single Baru Yang Didakwa Berunsur Iluminati

“Mata juga membawa maksud ‘markah’. Memandangkan lagu saya membawa tema semangat, lagu ini sesuai ditujukan untuk pihak lawan dan menjadi perlambangan perjalanan karier saya semenjak menyertai pertandingan realiti nyanyian, menempatkan diri dalam dunia lakonan serta bangkit semula dalam bidang muzik.

“Jika ada pihak mengaitkan lagu saya dengan unsur iluminati, tuduhan itu tidak logik. Jika benar, sudah pasti saya telah menggunakan simbol mata semenjak single pertama lagi,” kata Ayda.

Ayda Jebat Perjelas Maksud Single Baru Yang Didakwa Berunsur Iluminati

Mengumpul hampir setengah juta tontonan di laman YouTube semenjak dilancarkan pada minggu lalu, Ayda bersyukur dengan perkembangan positif ini.

“Alhamdulillah, video lirik lagu Mata yang merupakan hasil idea saya sendiri mendapat respon menggalakkan. Saya berterima kasih kepada semua peminat, terutamanya AJ Screamers yang tidak pernah penat menyokong kerjaya seni saya.

“Saya berharap agar sambutan yang diterima tidak akan putus. Apa yang boleh saya janjikan kepada semua peminat adalah untuk mempertingkatkan lagi kualiti kerja saya dalam bidang lakonan dan nyanyian,” katanya lagi.

Dengarkan lagu Ayda Jebat yang bertajuk 'Mata' di bawah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.