Header Ads

Loading...

Bangga Pakai HONDA EX5 No. Plat DDD111 Berharga RM70,000. Rupanya Penipu.

Loading...
HONDA EX5 Plat Pendaftaran DDD111 Tumpas

KOTA BHARU – Tembelang seorang pemuda mahu bermegah-megah dengan menggunakan nombor pendaftaran siri DDD111 yang kononnya bernilai RM70,000 pada sebuah motosikal terbongkar selepas dia ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 petang, lelaki berusia 20-an itu ditahan dalam operasi di Jalan Kebun Sultan di sini semasa menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 lapor kosmo!.

Bangga Pakai HONDA EX5 No. Plat DDD111 Berharga RM70,000. Rupanya Penipu.
Mahasan menunjukkan nombor pendaftaran DDD111 pada motosikal milik seorang pemuda yang ditahan di Kota Bharu semalam.

Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, hasil pemeriksaan mendapati nombor DDD111 masih belum wujud manakala nombor pendaftaran sebenar motosikal itu ialah AHR644.

“Pemuda berkenaan dipercayai menggunakan plat pendaftaran tersebut dan berkeliaran di sekitar Pengkalan Chepa dan pusat bandar ini sejak tiga minggu lalu.

“Semasa ditahan, dia mendakwa berjaya membida nombor tersebut pada harga RM70,000 sedangkan nombor awalan itu masih dalam proses penilaian tender,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.