Header Ads

Loading...

Berang Diminta Tukar Haluan, Pemandu Grab Tumbuk Penumpang

Loading...
Pemandu Grab Tumbuk Penumpang Sampai Patah Hidung

Tak habis lagi kisah pemandu e-hailing. Sebelum ini pemandu perkhidmatan e-hailing diraba penumpang tetapi kali ini pemandu pula yang buat hal. 

Baru-baru ini seorang pelajar perempuan yang hanya berusia 16 tahun mendakwa telah dikasarai oleh seorang pemandu Grab. Menerusi satu laporan dari Free Malaysia Today

Kejadian tersebut berlaku sekitar Sabtu lalu selepas pelajar tersebut menaiki Grab dari rumahnya di Puchong Jaya ke pusat beli belah Times Square. 

Berang Diminta Tukar Haluan, Pemandu Grab Tumbuk Penumpang

Menerusi status di Facebooknya, pelajar tersebut meminta pemandu tersebut menggunakan Jalan Klang Lama untuk ke destinasi tersebut kerana mahu mengelakkann tol. 

Pemandu tersebut mendakwa tidak tahu jalan tersebut dan hanya boleh menggunakan Waze. Walaupun mangsa mahu menunjuk jalan tetapi pemandu tersebut enggan berbuat demikian dan akibat tersebut mereka berdua bergaduh. 

Pelajar tersebut kemudian meminta pemandu tersebut memberhentikan keretanya dan turun dari kereta Grab tersebut. Keadaan menjadi lebih tegang selepas pelajar tersebut dikatakan menghempas pintu kereta ketika turun. 

Pemandu Grab Tumbuk Penumpang Sampai Patah Hidung

Pemandu tersebut berang dengan tindakan pelajar tersebut dan memarahi  pelajar tersebut lalu bertindak menumbuk mangsa. Mangsa dilaporkan cedera di bahagian mulut dan tulang hidungnya patah. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, polis telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di Kuala Lumpur pada jam 2.30 pagi kelmarin sejurus laporan polis dibuat oleh mangsa.

Beliau berkata, suspek direman 4 hari sehingga Rabu ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Mohd Rosdi Daud berkata, suspek bekerja sebagai pemandu Grab sepenuh masa selama 2 tahun dan tiada rekod jenayah lampau. Beliau berkata, kejadian itu berlaku disebabkan salah faham.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.