Header Ads

Loading...

'Dilamar' Rani Kulup, Ini Jawapan Dato' Vida

Jawapan Dato' Vida Isu 'Lamaran' Rani Kulup

Selepas usahawan berjaya ini mengumumkan yang beliau sedang mencari pasangan hidup, maka berduyun lelaki di luar sana yang berminat mahu mencuba nasib untuk menjadi suami kepada Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida.

“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak. Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh,” katanya kepada The Malay Mail Online.

Datuk Vida sebelum ini ada menyatakan yang beliau mahukan seorang calon suami kaya, bermata kelabu dan suka membeli belah.

'Dilamar' Rani Kulup, Ini Jawapan Dato' Vida

“Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping (beli belah) saya borong 14 handbag (beg tangan) terus? Pengsan lelaki tu,” tambahnya lagi.

Datuk Vida turut mengakui semenjak beliau menyatakan hasrat untuk mencari suami, beliau menerima lebih 50 resume yang menyatakan hasrat termasuk jejaka dari Finland dan Scotland. Boleh tahan penangan Datuk Vida ‘kan?

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.