Header Ads

Gigit Dan Koyakkan Kemaluan Isteri Sebelum Dibunuh

 Suami Tergamak Gigit Dan Koyakkan Anu Isteri Sebelum Bunuh

Kejam dan sadis, itulah kata yang tepat ditujukan kepada seorang suami Dedi 23, yang sanggup membunuh isterinya dengan kejam.

Sinta 20 ditemukan di dalam bilik rumah mereka di desa Tigapanah, Medan khamis lalu dengan tempurung kepala pecah selain luka lebam-lebam di muka.

Tidak hanya itu, bahagian kemaluan wanita beranak satu itu juga didapati koyak serta mengeluarkan darah yang banyak.

Info yang dikutip dari Medan Metro, jenazah pertama kali ditemukan oleh orang tua mangsa sendiri yang curiga sejak pagi tingkap rumah anaknya itu tidak dibuka.

Gigit Dan Koyakkan Kemaluan Isteri Sebelum Dibunuh

Teriakan seorang ibu yang melihat anaknya mati mengerikan mengundang perhatian orang ramai hingga dilaporkan kepada pihak polis.

Menurut penduduk sekitar, Dedi dilihat keluar rumah pada pagi hari kejadian bersama anaknya yang masih berusia 1.5 tahun.

Dimaklumkan Dedi adalah seorang suami yang memiliki kelainan seks (hyperseks). Hal tersebut dinyatakan oleh ibu mangsa sendiri di mana anak perempuannya kerap mengadu dengan sikap kasar suaminya ketika di ranjang.

“Dia pernah ceritakan bahawa suaminya selalu memaksanya melakukan hubungan dengan kasar dan mengadu tidak tahan lagi dengan perangai suami, katanya.

Bagaimana pun Dedi berjaya ditangkap oleh pihak polis Metro Medan semalam dan kini sudah dalam proses siasatan lanjut.

Sementara itu, hasil bedah siasat mayat menunjukkan kemaluan mangsa disumbat menggunakan benda tumpul terlebih dahulu sebelum digigit hingga mengakibatkan luka koyak yang teruk. Kemudian, kepala mangsa dipukul hingga pecah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.