Header Ads

Hafiz Hamidun Jawab Spekulasi Bakal Bercerai Dengan Joy Revfa

Didakwa Bercerai Dengan Joy Revfa, Ini Jawapan Hafiz Hamidun

Penyanyi Hafiz Hamidun memberitahu akan membuat kenyataan rasmi mengenai spekulasi keruntuhan rumah tangganya dengan pengusaha kosmetik, Joy Revfa.

Hafiz, 33, turut meminta rakan-rakan media agar bersabar buat sementara waktu kerana satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat lapor mStar Online.

Sejak malam Rabu, beberapa media dalam talian melaporkan mengenai kedudukan rumah tangga Hafiz apabila pasangannya, Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30, memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagram miliknya.

Hafiz Hamidun Jawab Spekulasi Bakal Bercerai Dengan Joy Revfa

Kedua-dua pasangan berkenaan juga dikatakan tidak lagi berkongsi gambar-gambar mereka di laman sosial masing-masing.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.

Hafiz Hamidun Jawab Spekulasi Bakal Bercerai Dengan Joy Revfa

Tonton video perkahwianan Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa di bawah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.