Header Ads

Loading...

Isteri Saleem Mohon Maaf Isu Serang Syarikat Rakaman

Loading...
Isu Serang Syarikat Rakaman, Isteri Saleem Akhirnya Memohon Maaf

Baru-baru ini satu kontroversi tercetus apabila Saleem didakwa mahu menyaman syarikat rakaman Syafiq Farhain kerana menggunakan namanya untuk tujuan promosi.

Tambah mengeruhkan keadaan apabila Saleem dan isteri mengamuk menyerang syarikat rakaman tersebut.

Melalui Utusan Online sebentar tadi, Saleem dan isteri hadir menjernihkan keadaan.

Mohon maaf terkasar bahasa


Saleem dan isterinya Julia Bachok hadir ke Utusan untuk menjernihkan keadaan dan memohon maaf atas tindakan keterlaluan mereka sebelum ini. Menurut Pn Julia, dia tidak dapat mengawal emosi dan sedikit tertekan selepas pelbagai masalah yang dihadapi.

Mereka juga sedar tindakan mereka itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Pn Julia sekali lagi memohon maaf dan sangat menyesal dengan kata-kata yang dilemparkannya tempoh hari. 

Isteri Saleem Mohon Maaf Isu Serang Syarikat Rakaman

Apabila ditanya mengenai hubungan dengan anak, Saleem berkata dia tetap sayangkan anak tetapi di dalam industri hiburan hendaklah berdiri atas kaki sendiri.

Turut hadir pada pertemuan ini adalah Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandes sebagai orang tengah dalam hal ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.