Header Ads

Loading...

Isu Hina Dan Malu Mengaku Saleem Bapa, Ini Penjelasan Syafiq Farhain

Akhirnya Syafiq Farhain Perjelas Isu Hina Dan Malu Mengaku Saleem Bapanya

Perselisihan faham antara penyanyi lagu Bukanku Tak Suci, Saleem dengan anaknya Syafiq Farhain nampaknya masih lagi belum diselesaikan secara baik. Sebelum ini Saleem pernah mengeluarkan kenyataan terasa hati dengan sikap anaknya yang tidak menganggap dirinya seorang ayah.

Terbaru, Syafiq menerusi Metro Online menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya. Dia turut meminta maaf atas penggunaan nama Saleem kerana tidak dapat lari dari pertanyaan orang sekeliling.

Dakwaan itu tidak benar

Isu Hina Dan Malu Mengaku Saleem Bapa, Ini Penjelasan Syafiq Farhain

Saya tidak pernah malu mengaku Saleem adalah bapa kandung, cuma saya tidak selesa apabila ada orang memandang tinggi disebabkan bapa saya. Dakwaan mengatakan saya menuduh bapa dengan perkara tidak baik adalah tidak benar sekali.

Hubungan saya dengan bapa masih baik. Saya kenal bapa saya dan menghormatinya selama ini. Saya tidak mahu percaya apa yang orang cakap selagi tidak mendengar daripada mulutnya mengenai diri saya. Saya sangat sayangkannya. Saya tidak tergamak untuk memburuk-burukannya malah menyanjunginya sebagai seorang bapa.

Menurut Syafiq, dia enggan mengambil pusing selagi bapanya belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Dia turut memberitahu hubungan dengan bapanya, Saleem masih lagi baik. Tuduhan kononnya dia memburukkan Saleem dinafikan oleh Syafiq kerana dia menyanjungi dan menyayangi bapanya sepenuh hati.

Saya tiada pilihan lain

Isu Hina Dan Malu Mengaku Saleem Bapa, Ini Penjelasan Syafiq Farhain

Saya tiada pilihan apabila orang tahu saya anak kepada Saleem. Saya harus menjawabnya kerana dia memang bapa saya. Nama saya berbinkannya.

Saya tidak mahu menjadi anak derhaka. Diharapkan isu yang dibangkitkan ini memudahkan proses saya selepas ini. Bukan saya tidak mahu cerita tetapi saya buat kerana sayangkan bapa saya

Apabila ditanya mengenai soal penggunaan nama ‘Saleem’, Syafiq memohon maaf apabila tindakannya bercerita dia adalah anak kepada Saleem membuatkan hati bapa dan ibu tirinya terluka. Syafiq berkata, dia tidak dapat mengelak dari pertanyaan orang sekeliling. Dia berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa bercerita buruk mengenai bapanya.

Bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus, begitu juga hubungan bapa dan anak. Semoga hubungan anak beranak ini kembali seperti biasa.

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.