Header Ads

Jawapan Dato' Aliff Syukri Isu Chef Wan Tegur Makan Tepi Jalan

Isu Makan Tepi Jalan, Dato' Aliff Syukri Balas Teguran Chef Wan

Jika sebelum ini isterinya sudah pun meluahkan perasaan buat suaminya hanya kerana makan di tepi jalan di luar negara, baru baru ini Aliff Syukri sendiri memuatnaik gambar mereka sekeluarga makan di atas meja selain turut menjelaskan situasi tersebut kepada Chef Wan.

Sebelum ini Chef Wan ada menyatakan pendapat dan tegurannya terhadap keluarga jutawan kosmetik tersebut yang makan di tepi jalan ketika berkunjung ke Switzerland. Namun jawapan yang diberikan Aliff adalah dalam nada yang merendah diri selain menceritakan situasi sebenar apabila mereka makan di tepi jalan lapor ROTIKAYA.

Jawapan Dato' Aliff Syukri Isu Chef Wan Tegur Makan Tepi Jalan

“Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke Itali dan kembali ke Switzerland semula. Jadi disebabkan tu kami memang dah masak siap-siap dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama. Tak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama”

“Buat idola saya dalam bidang masakan, Dato @chefwan58 (I love cook and I always watching you at tv) terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka dan saya upload khas untuk Dato Chef Wan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, tambah Aliff, kebanyakan warga tempatan yang dijumpai mereka di sana sangat ramah selain sempat bersembang dengan mereka sepanjang beberapa kali mereka berhenti makan, termasuklah orang dari Malaysia sendiri.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.