Header Ads

Loading...

Ketua Bola Sepak Thailand Dedah 'Poket' Penuh Rahsia Pasukan Malaysia

"Rahsia Pasukan Bola Sepak Malaysia Semua Dalam Poket Saya" - Kapten Bola Sepak Thailand

Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi mendakwa rahsia cara merobek kubu skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara penuh dalam 'poketnya'.

Cenrop sering berjaya membolosi gawang Malaysia tanpa mampu dihalang oleh Irfan Zakaria ataupun Adib Zainudin berdasarkan rekod tiga perlawanan terkini yang membabitkan kedua-dua pasukan ini.

Dalam tiga aksi itu, skuad B-22 negara tewas dalam semua pertemuan iaitu 2-1 di final Piala Negara-Negara, tumbang 4-0 di Kejohanan Piala Dubai (Mac lalu) dan 3-0 ketika Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia B-23 di Bangkok, bulan lalu lapor News Straits Times.

Ketua Bola Sepak Thailand Dedah 'Poket' Penuh Rahsia Pasukan Malaysia

“Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai.

“Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil.

“Saya dah banyak kali melakukannya (jaringkan gol), malah pertahanan Malaysia juga pemain sama. Saya yakin boleh meraih gol,” katanya yang ditemui ketika sesi latihan pasukannya di Stadium Mimdef, hari ini.

Ketua Bola Sepak Thailand Dedah 'Poket' Penuh Rahsia Pasukan Malaysia

Bagaimanapun, penyerang profilik Thailand ini mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang mudah skuad Datuk Ong Kim Swee yang bakal menerima sokongan padu penyokong tempatan.

“Aksi final bagi saya cukup berbeza berbanding perlawanan lalu dan sesiapa saja boleh meraih kemenangan.

“Kami kena pastikan momentum dikekalkan, dan paling penting setiap peluang harus dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya harap pemain kekal fokus sehingga penghujung perlawanan serta mengelak melakukan kesilapan mudah,” katanya yang membantu Thailand memenangi pingat emas di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.

Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.