Header Ads

Loading...

Lebih 600 Pertuduhan Rogol Dan Liwat, Wartawan Senior Luah Rasa Marah

Loading...
Rogol Dan Liwat Anak Perempuan Termasuk Bulan Puasa, Wartawan Senior Luah Rasa Marah

Pada Rabu lalu, seorang bapa berusia 36 tahun berdepan lebih 600 pertuduhan atas kesalahan meliwat dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu sebanyak 3 kali sehari sepanjang tempoh 7 bulan dan telah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Memetik laporan Astro Awani, seorang wartawan senior meluahkan rasa marah dan menjelaskan ini kes yang paling keji pernah dia laporkan sepanjang 22 tahun bekerja.

Kes paling keji

Lebih 600 Pertuduhan Rogol Dan Liwat, Wartawan Senior Luah Rasa Marah

Seorang wartawan senior meluahkan rasa marah dan geram setelah mendengar pertuduhan yang dibacakan kepada tertuduh tersebut. Ketika itu semua wartawan berkumpul sambil meniliti jumlah pertuduhan dibuat.

Inilah kes paling keji pernah aku lapor sepanjang 22 tahun jadi reporter

Sebelum ini tak ada la sampai tahap macam ni. Lebih 600 pertuduhan kot!

Turut dilakukan pada bulan puasa

Lebih 600 Pertuduhan Rogol Dan Liwat, Wartawan Senior Luah Rasa Marah
Sebahagian daripada petugas media yang membuat liputan dari kamar mahkamah. 

Seorang wartawan portal Astro Awani melaporkan perbincangan seperti itu perkara biasa bagi memastikan perjumlahan kes serta maklumat dilaporkan tepat.

Malah ketika pertuduhan dibacakan, semua petugas media berpandangan sesama sendiri dan tergamam.

Pertuduhan sama bagi kes sama untuk tarikh 28 Mei 2017

Weh! Takkan masa bulan puasa pun…..?

Kalau ikut trend pertuduhan ni, sejak Januari dia buat ‘kerja’ ni

Perbuatan terkutuk itu turut dilakukan pada bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri di bilik tidur utama rumahnya, sebuah pangsapuri, di Sungai Way, Petaling Jaya. Dakwaan mengatakan kes itu berlaku pada waktu pagi (sekitar jam 6 hingga 7 pagi), petang (sekitar jam 1 hingga 2 petang) dan malam (sekitar jam 11 hingga 12 tengah malam).

Kes ini bukan sahaja mengejutkan kumpulan wartawan yang bertugas, malah pihak berkuasa, pengamal undang-undang serta netizen turut merasakan ini sesuatu yang sangat dahsyat!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.