Header Ads

Loading...

Luahan Sayu Adira Isu Dato Red Kantoi Skandal

Loading...
Suami Kantoi Skandal, Ini Luahan Sayu Adira

Semalam dengan bangganya Datuk Red ada mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baru yang dikenali N, namun hubungan itu diketahui isterinya, Adira.

Sudah lali dengan kontroversi membabitkan suaminya dengan wanita lain, Adira enggan mengendahkan perkara itu kerana menganggap suaminya sukakan publisiti murahan.

“Sejujurnya, saya sendiri sudah keliru dengan skandal membabitkan suami. Malah, saya mengetahui mengenai kontroversi ini pun apabila menerima panggilan bertalu-talu daripada pihak wartawan. Anggap saja isu yang timbul ini sekadar perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan”

“Kerana pada saya, dia seperti ingin meraih publisiti murahan. Jika diikutkan, manusia mana yang dengan mudah membuka aib sendiri. Oleh itu, saya memilih untuk tidak ambil pusing kontroversi yang timbul ini. Sebaliknya, saya berhasrat untuk menjaga dan membesarkan anak perempuan saya saja,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Luahan Sayu Adira Isu Dato Red  Kantoi Skandal

Selain itu Adira turut memberitahu dirinya sudah tawar hati untuk mengambil sebarang tindakan setiap kali timbulnya kontroversi suaminya bermain cinta kerana sudah terlalu kerap terjadi. Menerusi laporan media lain pula, Datuk Red turut mengakui sedang mencari calon isteri ketiga buat masa ini namun N tidak menepati citarasanya untuk dijadikan isteri.

Kalau isteri sendiri sudah malas hendak melayan perangai suaminya, sebagai orang luar rasanya kelu lidah untuk memberikan komen. Apa yang diharapkan Adira tabah mengahdapi kehidupan mendatang, apalagi menjaga anak sulungnya, Anggerik yang kini memasuki enam bulan. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.