Header Ads

Orang Sabah Awesome! Sikap Orang Sabah Yang Buat Aku Kagum Dan Patut Kita Contohi

Lelaki Dedah Sikap Orang Sabah Yang Kita Semua Patut Contohi

Sabah adalah model negeri multi racial yang wajib dicontohi oleh semua pihak. Baru-baru ini, aku berpeluang berprogram bersama adik-adik dari MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan.

Bilangan mereka lebih kurang 1000 orang. 40% dari mereka beragama Kristian, 60% pula Muslim. Yang beragama Kristian rata-rata dari kaum Kadazan Dusun.

Jujur aku katakan, para pelajar di sini sangatlah menghormati guru dan orang luar yang datang. Cikgu Ahmad, selaku kaunselor sekolah berkongsi, kadang-kadang penat beliau menjawab salam pelajar sepanjang perjalanan.

Orang Sabah Awesome! Sikap Orang Sabah Yang Buat Aku Kagum Dan Patut Kita Contohi

Ada satu slot, aku minta para pelajar cari BFF yang paling mereka sayangi. Tanpa prejudis, terus saja dicapai tangan sahabat karib mereka. Tak kiralah temannya itu bangsa apa, agama yang dianuti, tidak ada masalah. Berbeza sekali dengan semenanjung, sudahlah pelajar cina duduk dengan cina, india dengan india, melayu pula dengan melayu.

Slot malam pula pelajar perempuan non muslim semuanya memakai baju kurung. Aku tanya mereka, pinjam baju kawan yang Muslim ke. Mereka jawab tidak bah, baju kami ni. Siap ada beberapa pasang lagi tu.

Itu yang perempuan. Yang lelaki pula pakai baju melayu. Jika pelajar lelaki muslim tak pakai songkok dan kopiah, mesti aku tak dapat bezakan yang mana Muslim, yang mana Kristian.

Sikap Orang Sabah Yang Buat Aku Kagum Dan Patut Kita Contohi


Paling best program di Sabah dan Sarawak adalah, ruang dakwah kau terbuka sangat luas. Kau tak perlu selindung untuk gunakan term agama dalam penyampaian.

Mereka tak pernah berbalah hal kalimah Allah, ucapan Assalammualaikum, Inshaallah, Alhamdulillah, nama para Nabi dan lain-lain. Bila kau sebut jom sama-sama baca Al-Fatihah, pelajar non muslim dah tahu ia doa. Mereka terus genggam tangan dan berdoa mengikut kepercayaan mereka.

Hal seperti ini wajar dicontohi oleh kita semua. Inilah yang patut berlaku di dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia. Jika para pemimpin politik memacu negara tanpa memainkan isu rasis, sentimen agama, kau bangsa pendatang, aku bangsa asal, inshaallah negara akan makin disegani di mata dunia.

MFA Smart Training & Consultancy

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.