Header Ads

Loading...

Penganggur Ditahan Gara-Gara Mencium Dan Mengorek Alat Sulit Anak Saudaranya

Cium Dan Korek Anu Anak Saudara, Penganggur Ditahan

Makin menjadi-jadi pula kes rogol dan liwat ni, paling yang tidak boleh diterima akal, bagaimana seorang ayah merogol anaknya, seorang abang meliwat adiknya, dan yang paling menjijikkan, seorang atok merogol cucunya. Dimana sifat kemanusiaan mereka? Hinggakan ahli keluarga sendiri sanggup diperlakukan begitu.

Baru-baru ini seorang lelaki telah ditangkap atas pertuduhan mencium dan mengorek jarinya ke kemaluan anak saudara yang baru berusia lima tahun di Asajaya, Kuching, lapor Utusan Online.

Malah tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut telah melakukan hal yang sama terhadap adik mangsa yang baru berusia setahun tujuh bulan. Apa nak jadi la dengan manusia bertopengkan syaitan ini, sehingga bayi yang baru umur setahun lebih pun dia sanggup liwat.

Menurut Sarawak Voice, perbuatan terkutuk lelaki durjana tersebut mula disedari apabila ibu mangsa mendapati bahagian kemaluan anak perempuannya yang berusia setahun itu lebam semasa menukar lampin kanak-kanak tersebut.

Mangsa yang berusia lima tahun pula membisikkan ke telinga ibunya yang suspek juga pernah menciumnya dan mengajak kanak-kanak tersebut untuk melakukan hubungan seks. Anak kecil tersebut juga mengaku bahawa suspek pernah memasukkan jari ke dalam alat sulitnya berulang kali.

Terkejut dengan apa yang didengarnya, ibu dan bapa mangsa telah membuat laporan polis di Kota Samarahan pada Sabtu lalu. Pihak polis seterusnya menahan suspek yang juga seorang penganggur berusia 22 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tambirat.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes bakal disiasat di bawah Seksyen 12 (a) dan (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kes ini merupakan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang kedua di bawah Akta ini selepas kes pertama melibatkan mangsa berusia 16 tahun di Kuching pada 13 Julai lepas.

Zaman sekarang, bukan hanya orang luar tidak boleh dipercayai, tetapi dari kalangan ahli keluarga sendiri juga harus berhati-hati. Jika orang luar masih boleh kita melarang menyentuh atau mendukung anak kita.

Tetapi jika saudara mara sendiri, sememangnya dengan kepercayaan yang diberi, kita membenarkan mereka mendekati anak kita atas dasar pertalian darah. Namun jika berlaku perkara seperti ini, ibu bapa harus berwaspada.

Kadang-kadang orang yang paling rapat la paling merbahaya daripada orang luar.
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.