Header Ads

Loading...

Pramugari Air Asia Hiburkan Penumpang Dengan Nyanyi Lagu Jason Mraz Selepas Penerbangan Ditangguhkan

Penerbangan Ditangguhkan, Pramugari Air Asia Nyanyi Lagu Jason Mraz Untuk Hiburkan Penumpang

Penerbangan ditangguhkan? Mesti ramai buat muka monyok apabila mendengarnya. Tapi bayangkan kalau ada hiburan lain yang mampu membunuh masa anda yang terbuang semasa menunggu penerbangan yang seterusnya…Mesti best kan? 

Menurut World of Buzz, penumpang yang menaiki penerbangan Air Asia dari Hong Kong ke Bangkok pada Julai lepas telah mengalami kelewatan. Namun semuanya tidak menjadi masalah apabila mereka dihiburkan dengan persembahan istimewa dari krew penerbangan tersebut.

Wah makin menarik Air Asia sekarang ni ye! 

Pramugari Air Asia Hiburkan Penumpang Dengan Nyanyi Lagu Jason Mraz Selepas Penerbangan Ditangguhkan

Salah seorang penumpang Air Asia, Kornchanok Benchapongsa telah berkongsi rakaman video yang menunjukkan seorang pramugari Thai yang jelita sedang menghiburkan penumpang dengan menyanyikan dua buah lagu. Nak tonjol bakat terpendam ni! 

Sebelum dia mula menyanyi, seorang pramugara lain melalui sistem interkom telah memperkenalkannya dan memberitahu bahawa dia bakal menyanyikan sebuah lagu untuk menghiburkan para penumpang yang bosan.

Tanpa berlengah lagi, dia mengambil alih interkom tersebut dan mula memainkan sebuah lagu latar dari telefon pintarnya. Pramugari tersebut bermula denganmenyanyikan sebuah lagu Thai untuk penumpang Thai di dalam penerbangan tersebut dan mengakhirinya nyanyiannya dengan senyuman yang menawan. Kesemua penumpang bertepuk tangan tanda terhibur dengan lagu yang dibawanya.

Alahai mesti cair abang-abang dalam kapal terbang tu tengok dia! 

Pramugari Air Asia Hiburkan Penumpang Dengan Nyanyi Lagu Jason Mraz Selepas Penerbangan Ditangguhkan

Rakaman video yang kedua pula menunjukkan pramugari yang serupa sambungmenyanyi sebuah lagu Inggeris iaitu “I’m Yours” dari penyanyi terkenal Jason Mraz. Nyanyiannya sekali lagi mendapat tepukan gemuruh dari penumpang penerbangan itu. Berbakat sungguh pramugari Air Asia ni! 

Dua rakaman tersebut telah tular di media sosial dan netizen sudah semestinyaterpukau dengan kecantikan pramugari tersebut dan memuji nyanyiannya yang menghiburkan.

Komen salah seorang netizen, “Dia bukan saja ada wajah yang jelita tapi suaranya juga manis didengar!”

Tonton video nyanyiannya di bawah:


Makin ramailah nak naik flight Air Asia lepas ni. Untung-untung delayed ada pula pramugari cantik nak menyanyi satu dua lagu Siti Nurhaliza! Mana tahu kan?? 
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.