Header Ads

Que Haidar 'Sound' Sikap Pelakon ‘Kayu’ Yang Acah Cantik Dan Kacak Tapi ‘Kosong’

Que Haidar Bengang Dengan Sikap Pelakon ‘Kayu’ Yang Acah Cantik Dan Kacak Tapi ‘Kosong’

Bagi memperkasakan dan memperbaiki lagi bakat yang ada dalam diri, ianya harus disulami dengan latihan atau kelas yang dianjurkan oleh mereka yang lebih senior dan berpengalaman dalam bidang tersebut.

Kelas yang dijalankan bukanlah untuk mencari kesalahan diri, tetapi lebih kepada bagaimana untuk menanganinya dan memperkemaskan lagi mutu lakonan.

Kini, banyak artis baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, tidak kira dari segi lakonan mahu pun nyanyian, yang mana jika dilihat ada kekurangan dan perlu diperhalusi lagi.

Disebabkan itu, adanya kelas yang dianjurkan, tapi, ia tidak mendapat sambutan oleh para artis baru ini, sehinggakan menerusi satu ‘post’ di laman Facebook Movie Addict, Que Haidar telah menyuarakan pendapat agar pelakon ‘kayu’ ini diwajibkan mengikuti kelas lakonan.

Que Haidar 'Sound' Sikap Pelakon ‘Kayu’ Yang Acah Cantik Dan Kacak Tapi ‘Kosong’

Bengkel-bengkel lakonan anjuran finas, kelolaan Puan Fatimah Abu Bakar, Ibu Fauziah Nawi, Elly Suriati Omar, Zul Huzaimi.. 

Muka-muka pelakon baru yang kononnya kacak dan cantik-cantik belaka tapi kerja mcm haram langsung tak nampak.. 

Yang saya nampak pelakon-pelakon yang memang dah ada basic acting dalam teater yang hadir..

Kalau saya nak cadangkan ke Persatuan Seniman supaya buat meeting dan menyenaraikan semua pelakon baru yang kayu supaya wajib menghadirkan diri ke class lakonan ajuran finas.. dari class asas lakonan hingga ke advance class dalam masa setahun.. 

Jika tidak hadir atau kehadiran tidak lengkap, mereka-mereka ini tidak dibenarkan shooting.. supaya ada sedikit garis panduan untuk station tv, producer dan director yang sekarang ni kemaruk sangat dengan hanya memandang pada followers IG dan rupa paras.. 


Ini juga dapat memberi sedikit peluang untuk mereka-mereka yang rasa diri cantik or kacak-kacak tapi 'kosong' ni berilmu walaupun sedikit.. 

Dan mungkin juga memberi sedikit ruang/peluang untuk mereka yang sememangnya berbakat dan berilmu yang masih tercari-cari ruang dan peluang mereka.. 

Jadi pihak produksi harus check dengan pihak seniman terlebih dahulu adakah pelakon-pelakon yang mereka nak ambil shooting itu sudah layak syarat dari pihak seniman atau tidak.. apa pendapat anda atau ada cadangan lain..? 

Kita bukan hanya beri perhatian kepada mereka yang kayu saja, mereka yang berbakat tapi takde ilmu lakonan juga perlu diberi perhatian kerana sayang bakat mereka tapi mereka tak pandai gunakan.. 

Saya terpanggil untuk beri cadangan ini kerana saya sangat sayangkan dunia seni terutama lakonan dan bila berpeluang menonton lakonan-lakonan mereka ianya sangat-sangat menyedihkan..

Dalam pada itu, orang ramai juga bersetuju dengan cadangan Que Haidar ini, yang mana secara tidak langsung boleh menaikkan lagi mutu lakonan.

Que Haidar 'Sound' Sikap Pelakon ‘Kayu’ Yang Acah Cantik Dan Kacak Tapi ‘Kosong’

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.